Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 14 November 2012

Ambil Kesempatan dari Maal Hijrah



Sempena kedatangan Maal Hijrah atau Awal Muharram ini, kedatangan yang biasanya akan mengingatkan kita kepada 5 perkara ini iaitu
Ø  Hijrahnya Rasulullah dari Mekah ke Madinah

Ingat kah lagi bagaimana sengsaranya Rasulullah SAW di hina dan di keji serta telah di beri tawaran oleh puak-puak Jahiliah untuk membunuh Rasulullah. Betapa sukarnya Rasulullah SAW melarikan diri bersama Sayidina Abu Bakar melalui jalan jauh menempuh gurun dan bersembunyi di Gua Hira’. Bagaimana gembiranya Rasulullah di sambut secara besar-besaran oleh penduduk Madinah sebagai satu tkita kesyukuran ke atas kehadiran Rasulullah di Kota Madinah yang kemudiannya di jadikan Pusat pemerintahan Islam di sana.

Lihatlah Rasulullah SAW telah memberi satu contoh yang terbaik buat kita, sengsara dahulu sebelum mencapai kejayaan bukan setakat dirinya tetapi juga kepada umat Islam sehingga kini.  Jadi tidak hairanlah kepada kita bagaimana sukarnya kita melakukan Jualan terhadap diri kita tetapi juga kepada organisasi tempat kita bernaung.  Bukannya mudah sama sekali untuk melakukan sesuatu perkara. Umpama kita sendiri semasa di usia kanak-kanak betapa sukarnya kita untuk belajar berjalan sehingga kedua-dua orang tua kita asyik mengatakan ‘tateh-tateh’ sahaja sehingga tanpa rasa penat lelah dan putus asa terus berusaha untuk berjalan juga.

Begitulah juga dengan kita yang menjadikan karier jualan sebagai sumber rezeki dan pendapatan kita, harus ada iltizam dalam diri kita sendiri supaya jangan berputus asa, tidak sama sekali mudah menyerah kalah dan kecewa di samping sentiasa bersemangat untuk menempuh segala cabaran, dugaan dan rintangan yang datang dengan sabar dan tenang sepertimana yang telah di tunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Ø  Doa akhir tahun dan awal tahun

Kebiasaannya kita akan mengambil skrip doa yang telah di sediakan di dalam buku keci surah Yasin yang kita beli ataupun yang ‘FREE’ kita dapati. Kalau malas ikut sahaja bacaan doa tersebut di TV dengan mengaminkan nya sahaja atau rajin ke rumah Allah aminkan bersama Tok Imam sebelum dan selepas Solat Maghrib. Sempena kedatangan Awal Muharram ini alangkah baiknya jika kita dapat mengambil kesempatan juga untuk berdoa kepada Allah agar karier kita ini sentiasa di per mudahkan jalannya, senangkan segala pekerjaan kita dan juga di berkati Allah sentiasa rezeki yang kita terima.  Hanya Allah sahaja tempat kita mengadu dan memohon pertolongan. Lagi banyak kita berdoa semakin mudah Allah akan membantu pekerjaan kita melakukan Jualan di kemudian hari.

Ø  Tokoh Maal Hijrah

Setiap tahun pasti akan ada tokohnya yang akan mendapat anugerah tertinggi oleh Kerajaan kita dan di siarkan secara langsung di TV.  Kalau malas nak melihatnya mungkin boleh di ketahui semasa waktu Berita ataupun membaca di akhbar-akhbar on-line atau surat khabar pada keesokan harinya.

Jadi apalah salahnya jika diri kita sendiri untuk cuba menjadi seorang tokoh juga tetapi di dalam bidang Jualan? Agak lawak bukan, tetapi itulah sumber motivasi terbaik untuk menjadikan diri kita menjadikan karier Jualan ini yang terbaik dengan cuba mencecah sasaran yang di berikan. Selagi kita mencuba selagi itu Allah akan tunjukkan jalannya bagi mencapai impian yang di idamkan. Yakinlah yang kita boleh melakukannya. Jangan hanya pkitai yakin sahaja tapi tanpa usaha yang bersungguh, tak ke mana jua.

Ø  Cuti Free

Waktu paling gembira dan menyeronokkan adalah pada hari cuti Free seperti ini, paling seronok dapat di sambung pula dengan cuti tahunan supaya ianya panjang sedikit cuti kita. Di waktu beginilah waktu boleh rehat boleh di manfaatkan, siapa yang kaki tidur boleh tidur terus selepas solat Subuh (itu pun kalau terbangun) kalau tidak terus sahaja terlajak bangun sehingga jam 2.00 petang. Mungkin mana yang dah berkeluarga inilah saatnya kita dapat menghabiskan masa bersama keluarga, manakala yang bujang ambil kesempatan untuk berdating pula.

Harap selepas ini, tambahan cuti sempena kedatangan hari kebesaran dalam Islam ini, sedikit sebanyak kita dapat melakukan muhasabah diri kita semula tanpa gangguan luar untuk membetulkan semula cara kerja kita melakukan Jualan.  Fikirkanlah semula mana-mana bahagian yang tersilap pernah kita lakukan  itu tidak di ulang lagi. Di masa inilah juga kita perlu memikirkan dan mencari jalan yang bersesuaian merangka strategi baru dan mencari gerak kerja yang mantap dan lebih memudahkan kita mencari jalan penyelesaiannya.

Melakukan Jualan seperti kita semua ini kadang-kadang perlu menggunakan ‘approach’ yang baru dan berkesan bagi meningkatkan lagi cara dan gaya kita bekerja. Fikirlah sebaik-baiknya bagi memastikan komisen boleh di tambah se maksima yang boleh di samping kenal pasti caranya supaya sasaran yang di beri boleh di capai dengan mudahnya selalu.

Ø  Tahun Baru

Awal Muharram sama lah macam kedatangan Tahun baru yang di sambut setiap tahun di seluruh dunia dengan menanti detik jam 12  tengah malam diiringi dengan nyanyian-nyanyian yang mengasyikkan di samping di adakan pertunjukan bunga api. Tetapi kedatangan Awal Muharram ini memadailah bagi kita untuk berdoa menunggu detik ketibaan azan maghrib, berdoa dan pembacaan Surah Yasin.  Alangkah baiknya di waktu ini di hari kemuliaan dan kebesaran dalam Islam kita mula berazam pada diri kita sendiri agar menjadi staf Jualan paling hebat dalam organisasi kita, berazam supaya tidak ada keluh kesah dan mencari alasan dalam mencapai sasaran yang di berikan.. Pkitai mencari oportuniti di samping membantu organisasi di tempat kita bernaung ini mem perolehi se maksima untung yang melimpah ruah. 

Janganlah kita asyik merendah diri sahaja dan bersikap negatif sentiasa tetapi jadikan lah satu kesempatan sempena kedatangan Maal Hijrah ini untuk berjanji di hadapan Allah SWT supaya berazam dengan sepenuh hati dan jiwa  kita memenuhi kehendak pengurusan organisasi tempat kita bernaung ini mencapai sasaran yang d berikan. Tiada istilah malu di hadapan Allah tetapi sentiasa merendah diri ke hadrat Allah SWT. Berazam lah agar kita di jadikan Staf Jualan yang paling berjaya dan juara di muka bumi ini. Berazam untuk sentiasa berjaya menghadapi segala rintangan yang di hadapi, berazam untuk membantu sesiapa sahaja baik pelanggan mahupun rakan sekerja, berazam  untuk menambahkan lagi pendapatan sebanyak yang boleh yang di berkati oleh Allah SWT melalui karier Jualan kita. Berazam lah dengan sepenuh hati.

KESIMPULAN
Semoga dengan penerangan serba ringkas ini, ambillah kesempatan kedatangan MAAL HIJRAH ini supaya kita menjadi insan kamil dan memohon kepada Allah SWT segala hajat yang di perlukan.  Jadikan lah karier di dalam bidang Jualan ini suatu karier yang berterusan, seronok melakukannya dan tiada langsung rasa jemu dan putus asa.  Jadikan lah diri kita seorang Wira dan juara yang sentiasa  menang di dalam setiap pertempuran yang di hadiri. Kalah sekali bukan bermakna kalah buat selama-lamanya tetapi kalah sekali itulah yang akan memberikan kita jawapan dan petunjuk ke jalan kejayaan.  
Jangan lupa untuk mengucapkan Selamat menyambut Maal Hijrah kepada prospek/bakal pelanggan/pelanggan kita tidak kiralah melalui saluran apa juga sama da telefon, SMS ataupun e-mel sebagai satu tkita ingatan tulus ikhlas (walaupun sebenarnya nak mengumpan sahaja) dari kita kepada mereka. Lakukan segera jangan berlengah lagi. SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM DAN MAAL HIJRAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan