Apabila bertemu dengan prospek/pelanggan apa yang perlu dilakukan adalah
kena berhati-hati dengan apa yang ingin kita persoalkan kepada mereka. Nak
menjual kena tahu apa yang mereka mahukan atau perlukan dengan cara kena tanya
sampai kita tahu dan faham apa kehendak dan kemahuan mereka. Tiada istilah
jalan mudah apabila kita lakukan jualan. Bertanya dan bertanya sampai kita
fahami keadaan sebenarnya dan sahkan semula apa yang kita fahami benar-benar
apa yang mereka mahukan. Sememangnya dalam melakukan jualan bertanya adalah
lebih baik banyaknya dari melakukan presentasi. Tanpa ada pertanyaan
dikemukakan kepada mereka sudah tentu komunikasi dua hala akan gagal begitu
sahaja tidak dapat diwujudkan.

i.
Menyentuh perasaan
Elakkan
mereka mudah merasa marah, naik angin dan bosan. Jangan kemukakan soalan yang
pelik-pelik sehingga mereka nak menjawab pun rasa susah dan sukar sama sekali.
Carilah soalan-soalan yang mudah-mudah untuk dijawab. Petuanya untuk dapatkan
kepastian, lagi pendek soalan yang dikemukakan lagi panjang jawapan dan maklum
balas dari mereka akan berikan. Cuma berjaga-jaga dengan soalan-soalan yang
dikemukakan agar jangan diberi ruang dan peluang pula kepada mereka dengan
soalan-soalan yang mudah menaikkan kemarahan dan sensitiviti kepada mereka.
ii.
Tiada kena mengena
Biarlah
ada relevan dan hubung kaitnya dengan soalan yang dikemukakan dengan produk
yang ditawarkan. Tidak lebih dari itu. Soalan-soalan yang pelik dan agak
membingungkan mereka pasti pada akhirnya kita akan dianggap gila dan tidak
betul pula. Sebaik-baiknya sediakan soalan-soalan yang munasabah untuk
ditanyakan seperti satu ‘CHECKLIST’ yang disediakan untuk ditanya dan
dikemukakan. Bila dah ada cukup senang tapi jangan pula macam skrip untuk
lakonan filem pula. Jenuh berjela-jela lah pula untuk bertanya sementara hendak
mendapatkan maklum balas dan jawapan dari mereka.
iii.
Pertanyaan yang berulang kali
Dah tahu
pasti jangan ditanya banyak kali. Nanti bila prospek/pelanggan merasa bosan
terus memberikan maklum balas yang bukan-bukan dan mengarut pula kepada kita.
Nak tanyakan juga bermakna dalam keadaan dapatkan pengesahan sahaja. Petuanya
dengan buat ayat dari kita sendiri apa yang kita faham kemukakan semula apa
yang kita perkatakan ini adakah betul ataupun tidak. Jangan lebih dari itu
kerana dikhuatiri nanti prospek/pelanggan akan merasa bosan dan terkedu pula
apa yang telah kita lakukan kepada mereka.
iv.
Terlalu menanyakan soalan yang begitu personel
Tolong jangan
terlalu tanyakan soalan yang agak personel terhadap prospek/pelanggan yang
ditemui. Pastikan kita tanya kepada mereka dengan soalan-soalan yang cukup
relevan dengan produk yang ditawarkan. Jangan lebih dari itu. Nanti lain pula
jadinya. Lebih menjerumuskan kepada yang personel bermakna lebih menyentuh hati
dan perasaan mereka. Carilah soalan-soalan yang memberikan keyakinan kepada
mereka untuk memberikan jawapan yang sepatutnya dari memberikan jawapan-jawapan
yang mungkin akan memberikan dan menyakitkan hati dan perasaan mereka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan