Tatkala kita merasa agak ‘DOWN’, keluh kesah, kecewa, putus asa atau putus
harapan kita akan menjadi seolah-olah hilang punca atau tak lagi hendak buat
macam mana untuk memperbetulkan lagi keadaan dalam meneruskan lagi jualan yang
seharusnya kita lakukan. Terhenti seketika mencari jalan penyelesaian untuk per
tingkatkan semula usaha dalam melakukan jualan. Apa yang perlu dilakukan agar
segala yang berserabut di kepala, semangat yang menjulang tinggi tiba-tiba
hilang boleh kah diperbetulkan semula di landasan yang sebenarnya.
Di ketika inilah kita amat memerlukan seseorang untuk memimpin dan memandu semula
diri kita agar terus boleh dan bersemangat untuk melakukan jualan. Memilih
seseorang perlu kita tentukan sendiri agar orang yang boleh memberikan
inspirasi dan buah fikiran kepada kita sememangnya memberikan kesan yang mutlak
menghulurkan bantuan dan pertolongan yang sewajarnya. Pilihan yang betul pasti
memberikan pulangan yang terbaik pada kita dan bukan sebaliknya.
Mungkin
perkara-perkara begini boleh kita pastikan terlebih dahulu agar orang yang kita
minta khidmat nasihat dan pandangannya bukan sesuatu yang membentuk diri kita
lebih parah lagi dan menyukarkan tugasan jualan kita tapi terus membina
kredibiliti dan personaliti diri kita melakukan jualan. Antaranya adalah
i.
Latar belakang yang salah
Bila ada
masalah yang dialami pasti akan mencari seseorang yang boleh menasihati atau
memberikan idea-idea kepada kita untuk mencari jalan penyelesaiannya dengan
sebaik yang mungkin. Tapi malangnya makin kita cuba mencari jalan penyelesaiannya
makin buntu pula didapati hanya disebabkan tersalah orang untuk mencari jalan penyelesaiannya umpama
kita hendak membaiki kereta tapi kita pergi pula ke bengkel motosikal pula.
Sampai bila pun tak selesai-selesai masalah. Oleh itu carilah orang yang
bersesuaian yang sebaik-baiknya tahu juga tentang apa yang kita lakukan
terutamanya dalam bidang jualan ini.
ii.
Orang yang emosi
Carilah orang
yang tenang dan tidak berat sebelah terlalu emosi memberikan pendapat dan
pandangan yang sewajarnya kepada kita mencari jalan penyelesaian. Apabila
terlalu emosi maka pemikiran juga akan berat sebelah tanpa memikirkan mana yang
baik dan buruknya pula. Kena berhati-hati dalam memilih orang yang boleh
memberikan pendapat dan pandangan yang bernas yang mudah untuk kita terima
apabila ada masalah yang timbul dengan memastikan ia nya tidak begitu terlalu
emosional pula ap yang diberikan dan disarankan.
iii.
Tiada kemahiran
Orang yang
tidak tahu apa-apa terutama tentang jualan kita sibuk minta pendapat dan
pandangan untuk selesaikan masalah kita. Lagi menyusahkan ini namanya tanya
pada orang yang tak tahu tiba-tiba nak dapat jawapan yang kita mahukan. Memang
akan menyusahkan kita balik kalau orang yang kita perlukan khidmat nasihat
tidak kena sama sekali tempatnya untuk kita melakukan rujukan. Bukankah ini
dinamakan buang masa sahaja.
iv.
Orang yang berkepentingan
Nak
dapatkan nasihat asyik semuanya menyebelahi orang yang memberi pandangan dan
nasihat dia sahaja demi menjaga kepentingan dan periuk nasi dia sahaja tanpa
memikirkan kesan baik buruknya kepada kita. Apa yang kita minta langsung tiada
menunjukkan apa yang boleh membantu kita melainkan ada kepentingan peribadi
kepadanya. Sebaik-baiknya elakkan orang yang sebegini untuk lakukan
perundingan.
v.
Tiada etika dalam tugasan jualan
Lakukan tugasan
dengan sebaik yang mungkin. Hulurkan bantuan dan pertolongan selesaikan masalah
mereka dengan produk yang bersesuaian untuk ditawarkan kepada mereka. Kena ada
etikanya. Jangan sama sekali cari orang yang melakukan jualan yang sudah pasti
kita ketahui tiada etikanya dalam melakukan jualan. Terlalu mementingkan diri
sendiri, tamak dan mengejar keuntungan sahaja tanpa memikirkan hati dan
perasaan prospek/pelanggan yang ditemui.
Fast Action Fast Results. Tindakan segera dan pantas serta memberikan pulangan
yang segera juga kepada kita. Carilah penasihat yang terbaik yang boleh
membantu apa juga masalah yang kita tanggung selama ini. Jangan main cerita
sahaja apa yang ditanggung kepada semua orang yang kita temui tapi carilah
orang yang berkebolehan dan pakar dalam bidang yang kita tempuhi. Jalan paling
baik untuk mengadu lakukanlah pengaduan yang bersungguh-sungguh ke hadrat Allah,
itulah tempat yang sebaik-baiknya. Mengadulah apa juga kepada Allah dengan hati
yang telus dan jujur sejujurnya tidak berdolak-dalik. InsyaAllah apa juga hajat
kita pasti akan Allah kabulkan cuma bezanya antara cepat atau lambat sahaja
bantuan tersebut diberikan.
Firman Allah
bermaksud "Mohonlah (berdoalah) kamu kepada Tuhan mu dengan cara
merendahkan diri dan cara halus, bahawa sa nya Allah tidak menyukai orang-orang
yang melampaui batas; dan janganlah kamu berbuat kebinasaan di bumi
(masyarakat) setelah ia baik; dan mohonlah (berdoalah) kamu kepada Allah dengan
rasa takut dan loba (sangat mengharap); bahawa sa nya rahmat Allah itu sangat
dekat kepada orang-orang, yang ihsan (Iman kepada Allah dan berbuat
kebajikan)." (Surah Al-A'râf ayat 55-56)
Firman Allah
bermaksud "Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepada engkau tentang Aku,
maka sesungguhnya Aku sangat dekat (kepada mereka). Aku perkenan kan doa
orang-orang yang mendoa apabila ia memohon (mendoa) kepada Ku. Sebab itu,
hendaklah mereka memenuhi (seruan)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada Ku,
mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk." (Surah Al-Baqarah ayat 186)
Firman Allah
bermaksud "Dan berfirman Tuhan mu "Memohonlah (mendoalah) kepada Ku,
Aku pasti perkenan kan permohonan (doa) mu itu." (Surah Al-Mu'min ayat 60)
Firman Allah
bermaksud "Dan Allah mempunyai nama-nama yang sangat indah (Al-Asmâ'u
al-Husnâ), maka memohonlah kamu kepada Nya dengan (menyebut) nama-nama
itu." (Surah Al-A'râf ayat 180)
Firman Allah
bermaksud "Katakanlah oleh mu wahai Muhammad, berdoalah (pujilah) akan
Allah atau berdoalah (pujilah), akan Ar-Rahmân (Maha penyayang)" (Surah
Al-Isrâ' ayat 110)
Firman Allah
bermaksud "Doa (percakapan) mereka di dalamnya (syurga), adalah Allâhumma
(Maha Suci Engkau wahai Tuhan)." (Surah Yûnûs Ayat 10)
Sabda Nabi
Muhammad SAW bererti "Doa itu adalah ibadah” (Hadis diriwayatkan dari Abû
Dâud dan Al-Turmudzî
Sabda Nabi
Muhammad SAW bererti "Barangsiapa dibukakan pintu doa untuknya, bererti
telah dibukakan pula untuknya segala pintu rahmat. Dan tidak dimohonkan kepada
Allah, yang lebih di sukai Nya selain daripada dimohonkan 'afiyah. Doa itu
memberi manfaat terhadap yang telah diturunkan dan yang belum diturunkan. Dan tidak
ada yang dapat menangkis ketetapan Tuhan, kecuali Doa. Sebab itu berdoa kamu
sekalian." (Hadis Riwayat Al-Turmudzî).
Sabda Nabi Muhammad SAW bererti "Tiap Muslim di muka bumi yang
memohonkan suatu permohonan kepada Allah, pastilah permohonannya itu dikabulkan
Allah, atau dijauhkan Allah daripadanya sesuatu kejahatan, selama ia mendoakan
sesuatu yang tidak membawa kepada dosa atau memutuskan kasih sayang." (Hadis
Riwayat Al-Thurmudzî).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan