Bertemu dan bersua dengan prospek/pelanggan adalah satu tugas kemestian
dalam bidang jualan. Bertemu dengan prospek/pelanggan bukan sekadar seperti
kita bertemu dengan rakan-rakan dan sahabat handai. Bertemu dengan kenalan
kita, selekeh pun tidak mengapa apatah lagi bercakap merapu dan bergurau senda
begitu sahaja sambil ketawa terbahak-bahak mengganggu kehadiran orang lain
pula. Terdapat perbezaannya yang perlu kita ambil berat dan ambil tahu antara
sahabat dan prospek/pelanggan yang kita temui.
Jangan sama sekali di samakan. Kalau kita tidak berubah bagaimana untuk
kita bersua dan bertemu dengan mereka sudah pasti dan sudah tentu ia nya tidak
akan berjalan lancar seperti mana yang di harapkan. Tindakan yang diperlukan
adalah apakah tindakan sewajarnya buat kita untuk melakukan pengaruh awal
kepada prospek/pelanggan. umpama orang yang hendak membeli buku apakah pengaruh
awal yang akan membuatkan seseorang itu akan lebih mudah tergoda, terdorong dan terangsang untuk
membeli buku tersebut. Sehinggakan ada dalam pepatah orang putih mengatakan ‘don’t
judge the book by its cover’.
Mungkin orang akan lebih cepat terpesona dengan gambaran luarnya dari isi yang
dipersembahkan di dalamnya.
Oleh itu dalam mendapatkan situasi ‘First Impression’ ke atas
prospek/pelanggan yang kita temui ini dikira penting untuk dijaga dan dikawal
sebaik yang mungkin adalah dengan cara
i.
Tunjukkan yang kita benar-benar berminat
Apa yang
kita lakukan, pastikan kita kena berminat terlebih dahulu. Apa juga perkara
yang kita lakukan tanpa minat dan kesungguhan yang ada sudah pasti
prospek/pelanggan tersebut akan sama seperti kita. Kita berminat tunjukkan
tenaga positif kita agar dapat menyerap juga semangat tersebut ke atas mereka.
Caj yang positif akan menyalurkan juga caj yang positif kepada mereka. Susah
macam mana sekalipun hanya kerana minat sudah pasti kita akan tetap dan terus
untuk melakukannya dengan lebih bersemangat lagi.
ii.
Penampilan diri
Berpakaian
kemas, segak dan bergaya. Tidak perlu yang mahal harganya atau berjenama hebat
di pasaran. Cukuplah sekadar orang melihat dan menyedari kehadiran diri kita
sesedap mata memandang seolah-olah ada auranya. Biar mereka rasa yakin dengan
kita terlebih dahulu walaupun kita belum berkata apa sekalipun. Pengaruh mata
amat penting bagi memberikan keyakinan mereka kepada kehadiran kita di
hadapannya.
iii.
Kata-kata pembukaan
Bermula
dengan kata-kata yang merendah diri dan berhemah. Cukup bersopan santun dan
tahu apa perkataan yang sepatutnya untuk dibicarakan. Jangan jual terus kepada
mereka tapi tarik minatnya terlebih dahulu supaya komunikasi dua hala dapat
dilakukan dengan sebaik yang mungkin. Kemesraan dan pautan perhubungan yang
baik akan menimbulkan satu situasi yang santai dan relak apabila kita mula
melakukan presentasi kepada mereka.
iv.
Jangan mudah lakukan andaian terlebih dahulu
Tolong
jangan andaikan yang mereka telah tahu apatah lagi telah memahami akan
kehadiran diri kita. Jangan juga kita terlalu yakin yang mereka akan pasti
menerima tawaran yang kita akan lakukan kepada mereka. Usaha dahulu bukan
andaian terlebih dahulu. Kerana melalui usahalah maka dengan sendirinya baru
kita akan mengetahui sama ada apa yang dia telah fahami dan berkemungkinan
mereka boleh atau tidak untuk menerima tawaran yang ditawarkan.
v.
‘Eye contact’ yang baik
Jangan
ditenung cukuplah sekadar merenung. Beri keselesaan kepada mereka. Tunjukkan
dari dalam mata kita yang kita bersungguh untuk melakukan jualan kepada mereka.
Tenungan mata terlalu lama akan mengakibatkan orang berada di hadapan kita
merasa gerun dan gentar. Tidak melihat kepada mata mereka seolah-olah seperti
kita tidak serius dan ingin mempermainkan mereka pula. Berhati-hati dengan
mainan mata ini.
vi.
Keyakinan diri
Yakin diri
sendiri sudah pasti kejayaan yang akan kita peroleh. Tak yakin semangat akan
mudah luntur hilang ke mana. Yakin diri ubat segala-galanya untuk kita
bertindak. Kita yakin prospek/pelanggan pasti akan yakin juga ke atas kita.
Kita penentu segala-galanya. Yakin untuk bersua. Yakin untuk berkomunikasi.
Yakin untuk mendengar apa yang mereka mahukan. Yakin untuk memberikan
presentasi yang terbaik dan terus yakin melakukan penutupan jualan supaya
produk yang ditawarkan akhirnya dapat diterima juga.
Perbaiki diri kita ke arah yang lebih positif supaya prospek/pelanggan yang
melihat kita sudah pasti mereka cukup selesa dengan kehadiran diri kita. Jangan
permain kan prospek/pelanggan begitu sahaja kerana niat untuk membantu
pelanggan perlu ada tersemat dalam diri kita sebaik-baiknya. Terpesona,
memberikan kepercayaan dan yakin mereka atas kehadiran diri kita maka ini akan
lebih memudahkan lagi diri kita melakukan jualan kepadanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan