Satu sebab yang jualan tidak berjaya dilakukan untuk mendapatkan penutupan
jualan adalah apabila tindakan kita sebenarnya salah dalam memilih sasaran
prospek/pelanggan. Kenapa ianya berlaku dan terjadi? Pada hal telah banyak kali
diperkatakan agar saringan yang sewajarnya perlu dilakukan secara konsisten dan
setiap hari tanpa gagal. Tapi malangnya masih lagi berlaku dan terjadi. Adakah
kita masih mengingatkan bahawa kerja jualan boleh dilakukan dengan
sewenang-wenangnya sesuka hati sama sekali?
Kena berubah. Kalau nak berjaya dalam karier jualan mesti ada perubahan
yang dilakukan. Kalau tidak tak kan ada orang nak katakan dalam mutiara kata “tindakan
hari ini adalah lebih baik dari semalam dan esok pula adalah lebih baik dari
hari ini”. Semuanya itu memerlukan sikap sanggup untuk berubah demi
memastikan kejayaan boleh diperoleh. Jangan mudah mendabik dada atau melakukan
andaian dan tanggapan yang kita sebenarnya telah benar-benar melakukannya
dengan betul sama sekali. Lebih baik kita sentiasa merasakan tidak cukup dengan
prospek/pelanggan daripada begitu mudah main rasa-rasa yang stok kita ini masih
banyak lagi boleh dipergunakan.
Tapi malangnya ia nya masih lagi berlaku dan terjadi hingga ke saat ini.
Seolah-olah masih wujud tiada perubahan langsung untuk memperoleh kejayaan yang
diminta. Mungkin perkara-perkara ini berlaku disebabkan oleh
i.
Tindakan membabi buta tiada perancangan
Tanpa
perancangan yang sepatutnya, apa juga yang kita lakukan pasti menemui
kegagalan. Jangan main hentam sahaja membabi buta tidak tentu fasal. Bertindak
mengikut apa yang dirancang kan. Bukan buat apa yang sesuka hati kita main belasah
begitu sahaja, janji ada prospek/pelanggan. Kena ada tapisannya kena ada
saringannya untuk dapatkan prospek/pelanggan yang berkualiti dari senarai leads
yang ada. Peruntukkan sedikit masa untuk melakukan saringan ke atas senarai
tersebut agar kita mampu dan boleh mendapat prospek/pelanggan yang amat kita
kehendaki dengan senang dan mudah apabila melakukan jualan.
ii.
Tidak mengikut arahan
Apa juga
arahan yang diberikan tolong akur. Kalau berniaga sendiri tak apa lah dalam
menentukan corak jualan yang macam mana kita nak lakukan. Tapi masalahnya kita
makan gaji, ada bos di atas kita yang kena perlu dipatuhi. Jangan melawan atau
nak tunjuk handal tapi kena hormat dengan arahan yang telah disampaikan. Adat
orang makan gaji, mahu tak mahu kena ikut dan pastikan dilakukan sama ada kita
suka ataupun tidak. Tanpa penyeliaan dari bos kita tak kan kita sendiri yang
nak selia pada diri kita sendiri pula. Berubah segera agar sentiasa mengikut
arahan dalam melakukan jualan.
iii.
Ambil hati bos
Takut kena
sembur takut kena marah, janji kita lakukan sahaja temu janji seperti mana yang
dikehendaki walaupun kita ketahui sebenarnya prospek/pelanggan yang ditemui
mungkin kenalan kita ataupun yang tiada berkualiti langsung yang tiada
kaitannya untuk menerima tawaran yang kita tawarkan. Kalau nak relak ada
masanya. Di waktu bertugas lakukan kerja menjual dengan bersungguh-sungguh dan
bukan lagi nak bermain-main atau bergurau senda. Lakukan yang terbaik bukan
lakukan mengikut kuota yang diberikan janji temu janji ada pada hal penutupan
jualan langsung tiada. Jangan tipu fakta kerana pada suatu hari nanti kita pasti
akan dapat dikesan juga akhirnya.
iv.
Mencuba nasib
Bidang
jualan ini bukannya satu bidang yang boleh main bidan terjun ikut nasib sama
ada bertuah ataupun tidak. Kena usaha kena cuba secara bersungguh-sungguh.
Rezeki pasti tidak akan datang bergolek andai kata kita tidak melakukannya
dengan sebaik yang mungkin. Bukan berserah pada nasib tapi tawakal kepada Allah
selepas segala daya usaha kita berikan untuk mendapatkan kejayaan.
v.
Stok dah habis
Sampai bila-bila
pun tidak boleh berjaya andai kata rupanya stok kita sebenarnya tiada kerana
asyik menggunakan stok leads yang sama sahaja setiap hari. Bila ditanya ada
tapi malangnya hasil langsung tiada. Jadi buta mata buta hati dibuatnya hanya
kerana menyalahkan nasib dan takdir betapa sukarnya melakukan jualan seperti
mana yang dikehendaki. Sepatutnya mudah, terus menjadi sukar pula. Dapatkan
senarai leads yang baru secara konsisten supaya dari leads yang berkenaan mudah
pula tetapkan temu janji dan seterusnya penutupan jualan boleh diperoleh.
vi.
Tiada pengawasan sewajarnya
Gagal hanya
disebabkan tiada siapa pun melakukan pengawasan yang sewajarnya. Semuanya main
tangkap percaya sahaja apa yang orang jualan lakukan. Kena sensitif dan kena
ambil tahu apa yang mereka lakukan. Bagi orang jualan hanya mereka yang malas
sahaja akan sanggup menipu dan berbohong kepada ketuanya asalkan dirinya
dirasakan boleh relak sepanjang masa asalkan gaji cukup bulan boleh dapat. Yang
penting bos percaya itu sudah dikira cukup memadai. Sebagai ketua tim jualan
pengawasan yang rapi kena lakukan agar prestasi anak buah bukan di bawah paras
bahaya atau pandai memberikan alasan yang sebenarnya tidak kukuh mana pun ia.
vii.
Masih tidak tahu berapa jumlah sasaran sebenarnya
Nak lakukan
jualan kena ketahui berapa sasaran yang perlu dilakukan untuk kita dapatkan.
Bukan suka-suka hati main hentam begitu sahaja. Dah nasib badan hari ini tak
dapat menjual, esok ada masa boleh cuba lain pula. Dalam jualan tiada
nasib-nasib ataupun takdir, kena berusaha kena lakukan secara bersungguh.
Prospek/pelanggan yang ada di luar sana bukannya akan datang kepada kita tapi
kita sebenarnya yang kena pergi mencari mereka. Bila dah tahu berapa sasaran
tahunan baru boleh tahu sasaran bulanan dan seterusnya dari sasaran bulanan
boleh kita dapatkan sasaran harian pula. Bila amaunnya semakin mengecil jadi
semakin mudahlah kita lakukan tugasan jualan mengikut sasaran harian yang telah
ditetapkan.
Elakkan dari melakukan salah sasaran lagi. Bertindak bagaikan seorang yang
profesional pada tugasan jualan kita dan bukannya menyerahkan nasib dan takdir
sahaja menentukan kejayaan. Lakukan saringan yang sewajarnya agar kita dapat
peroleh satu keputusan yang sepatutnya. Kalau dari mula kita tak lakukan
saringan ini sampai bila-bila kita akan melakukan salah sasaran lagi sampai
bila-bila. Bertindak mengikut perancangan dan bukannya bertindak mengikut apa
yang kita fikirkan sahaja dalam kepala otak kita ini tanpa adanya perancangan
yang sewajarnya. Semakin banyak salah sasaran bermakna semakin banyak masa kita
akan dibuang begitu sahaja. Bukan orang lain yang menanggung kerugian tersebut
melainkan diri kita sendiri juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan