Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 24 November 2012

GORPIS



Walaupun berniaga tepi jalan, namun pembeli sanggup untuk beratur panjang menunggu giliran membeli goreng pisang panas yang agak meletup jualannya disini. Memang sungguh kagum melihat senario sebegini terjadi. Nak beli goreng pisangpun kena beratur seperti nak membeli tiket wayanglah pulak. Kerana kesedapannya untuk dinikmati oleh orang ramai walaupun beratur panjang berpanas sedikit tidak mengapa asalkan apa yang dihajati dan dimahukan boleh juga didapati disitu.

Bagi orang yang menjualnya syukur nikmat alhamdulillah akan apa yang diusahakan. Mendapat sambutan yang tidak terperi gembiranya produk yang ditawarkan mendapat sambutan seperti hangat mentari memancar ditempatnya. Sememangnya apabila melakukan jualan produk yang sentiasa dan terus menerus mendapat sambutan pasti akan memberikan satu pendorong dan semangat untuk mengekalkan tahap jualannya sampai bila-bila sehingga hayat dikandung tanah.

Tapi bagaimana dengan tahap layanan dan perkhidmatan yang diberikan? Ini yang perlu dijaga sebaik mungkin. Jangan menyalahkan diri jika melakukan jualan diwaktu cuaca yang panas terik atau melayan pembeli-pembeli yang ramai dengan sekuntum senyumanpun tidak dapat diberikan. Bukan alasan yang terbaik jika ada pelanggan yang telah membeli hanya sekali itu sahaja datangnya. Jangan terlalu mengharapkan goreng pisang yang ditawarkan sedap sepanjang masa. Semuanya kena dilakukan dengan lebih berhati-hati dan berwaspada akan dapat mengekalkan tahap jualan yang dilakukan dengan ditawarkan semaksimum yang termampu.

Kerana itu walaupun sepanas manapun tempat kita berteduh melakukan jualan, perkara berikut perlu dilakukan sebagai satu tanda kemesraan dan layanan terbaik kita yang melakukan jualan kepada pembeli-pembeli produk kita iaitu

i.                     Sentiasa mengukir senyuman tidak kira siapapun yang datang

ii.                   Mengucap salam kepada yang Muslim dan selamat datang kepada yang bukan Muslim

iii.                  Berikan penghargaan ‘Terima Kasih’ kepada siapapun yang membelinya tidak kira peringkat umur sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kita kepada mereka tidak kira sedikit atau banyaknya kerana pembeliannya walaupun di atas kesudian mereka menunggu lama

iv.                 Sentiasa merendah diri dan tawaduk walaupun produk yang ditawarkan mendapat sambutan hebat dipasaran tempatan

v.                   Pastikan produk yang ditawarkan berkualiti mengikut standard dan piawaian si pembeli dan bukannya mengikut standard dan piawaian diri penjual

vi.                 Kemas berpakaian dan penampilan yang menarik

vii.                Bagi produk makanan, kebersihan amat dititik beratkan untuk dijaga dengan sebaik-baiknya

Tidak kira berniaga apapun, dalam melakukan jualan bukan setakat produk yang hebat sahaja menjadi perhatian orang ramai tetapi sikap dan sifat tingkahlaku penjual juga perlu dijaga dengan sebaik yang mungkin. Mentang-menatang dah laku dan mendapat sambutan, kita abaikan tahap layanan kita terhadap orang. Semuanya kena jaga agar apa yang kita mahukan pasti akan memperoleh kejayaan seperti mana yang diidamkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan