Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 30 November 2011

Tunggu, tunggu jugak, tapi kena ambil kesempatan


Menunggu adalah satu penyeksaan. Salah satu perkara yang menjemukan apabila kita telah melakukan temu janji kepada prospek/pelanggan adalah menunggu dan menanti kehadirannya terutamanya di premis pejabat prospek/pelanggan yang terpaksa melalui setiausahanya atau receptionist terlebih dahulu.   Apa yang harus kita lakukan?

Sebenarnya sebaik-baiknya jangan dibazirkan masa sebegitu sahaja tetapi perlu dimanfaatkan dan diambil info yang ada di sekeliling premis prospek/pelanggan tersebut dengan lebih mendalam lagi iaitu dengan cara

i.                     Pandang sekeliling dahulu dan perhatikan segala maklumat yang dipamerkan seperti gambar-gambar tentang aktiviti utamanya, carta organisasi, poster-poster yang terlekat dan flyer-flyer yang ada bagi memudahkan kita mengenali dengan lebih baik dan mendalam tentang latar belakang aktiviti utama bidang pekerjaan prospek/pelanggan kita bertugas. Mungkin boleh di jadikan bahan soalan nanti kepada prospek/pelanggan tersebut sebagai pembuka cerita nanti.

ii.                   Sebaik-baiknya bersembanglah dahulu dengan sesiapa sahaja yang berada di situ yang mungkin kita berada di kaunter pertanyaan, setiausahanya atau pegawai perhubungannya bagi mendapatkan maklumat dan info yang lebih mendalam lagi tentang aktiviti bidang kerja prospek/pelanggan.

iii.                  Mengawasi keadaan sekelilingnya tentang mood pekerja di sana dan ambil kesempatan apakah oportuniti lain yang boleh kita ambil bagi meluaskan lagi tawaran produk/perkhidmatan yang boleh ditawarkan sesuai dengan mereka.

iv.                 Sebaik-baiknya jangan duduk lagi selagi belum bertemu dengan prospek/pelanggan yang ingin di temui. Rasionalnya adalah kerana menunjukkan kita bila-bila masa sahaja telah bersedia untuk bertemu dengan prospek/pelanggan tersebut apabila prospek/pelanggan tersebut datang menemui kita.

v.                   Catit kan apa yang perlu untuk kita kemukakansoalan-soalan yang berkaitan berdasarkan pengawasan kita di premis prospek/pelanggan tersebut.

Peluang yang datang jangan sama sekali di tolak. Apa pun yang ada di depan mata perlu di anggap sebagai satu peluang keemasan yang tidak mungkin dapat dilepaskan. Sambil menyelam minum air. Semakin kita cari semakin banyak yang akan menguntungkan diri kita.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan