Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 3 November 2011

BANGKIT SEMULA PULIHKAN KEMBALI

Ada masanya kita merasakan perlakuan kita dalam jualan sentiasa betul dan boleh bersaing dengan teman-teman rakan sekerja kita yang lain.  Berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.  Tanpa mengira apa yang berlaku dan terjadi tanpa menghiraukan teguran sesiapa kita tetap sebegitu dan masih merasakan yang diri kita ini adalah tetap ‘terror’ dan jaguh dalam melakukan jualan walaupun yang sebenar-benarnya dan hakikatnya kita sedang mengalami kejatuhan secara kita tidak sedari.
 

Perancangan telah di lakukan dan di buat dengan begitu baik dan teliti tetapi kita melihatkan prestasi kita masih lagi tidak baik mencapai apa yang di ingini. Paling teruk jualan kita semakin turun merudum. Kita terlalu merasakan ini buat serba tidak kena, sana di lakukan serba tidak betul, asyik-asyik salah dan menyakitkan hati kita sendiri sahaja.  Bila jatuh mulalah hilang semangatlah, tiada mood nak bekerjalah, boring gilalah dan sebagainya yang boleh membawa perkara-perkara yang begitu negatif dan tidak sepatutnya berlaku kepada orang yang menjadikan karier dalam bidang jualan.
 

Mungkin kita telah sedar yang jualan kita mula menunjukkan kejatuhannya dan sesuatu perkara terpaksa di lakukan dengan segera bagi merubah semula memulihkan balik prestasi yang merudum ke satu tahap yang sepatutnya iaitu dengan cara


i.                     Biarkan ianya berlalu dan ganti cara yang sepatutnya.  Biarkan apa yang telah berlaku berlalu begitu sahaja dan ambil iktibar dan pengajarannya untuk mengajar kita supaya tiada kesilapan berlaku lagi.  Jangan di fokus benda yang telah salah kita lalui dan bila kita fokus juga ia akan datang lagi dan lagi menghancurkan kita. Jangan di biarkan dan di benarkan ianya berlaku lagi dengan mencari perkara yang sepatutnya berlaku dan terjadi dalam mencari semula kebangkitan mengatasi kegagalan yang di hadapi

ii.                   Ingat semula perkara yang telah membawa kita kepada kejayaan. Ingat semula apa yang telah kita lakukan dengan sikap yang betul, tindakan yang sepatutnya semasa kita mengalami kejayaan perlu di jadikan semula panduan untuk diri kita mencapai semula kejayaan yang pernah kita kecapi. Fikirkan semula strateginya, macam mana pelan dia, motivasi diri kita dan seterusnya sikap kita semasa kita perolehi kejayaan.


iii.                  Tumpukan apa yang boleh kita lakukan daripada memikirkan perkara yang tidak boleh kita lakukanSememangnya menjadikan karier dalam jualan akan memberikan kelebihan dalam banyak alasan-alasan yang boleh di kemukakan sehingga kita terlupa yang kegagalan tersebut datangnya dari dalam diri kita sendiri. Perbetulkan semula dan bertanggung jawab sepenuhnya supaya setiap kesalahan dan kesilapan kita tidak berulang kembali.  Lakukan apa yang boleh kita lakukan tetapi jangan sama sekali di cuba dari melakukan perkara-perkara yang di luar batasan kemampuan kita.  Bina keyakinan semula, bina kejayaan sekali lagi untuk kita bawa kejayaan tersebut kepada perkara-perkara yang lebih mencabar lagi.


iv.                 Tiru dari orang yang berjaya. Jangan di peningkan kepala, di susahkan hati dan mencari formula baru. Berkawan dengan orang yang berjaya melakukannya, Tanyalah dan berkawan baiklah menanyakan bagaimana beliau lakukan. Tiru sahaja caranya dan kerjanya bagaimana beliau laksanakan. Yakin kejayaan boleh di kecapi. Biarlah kita merendah diri dari kita merasakan terlalu takbur dan ego mendabik dada yang kita ini masih dan terlalu ‘terror’ lagi. Bila lagi hendak ubah perangai untuk menjadi orang yang berjaya? Tepuk dada tanyalah selera.


Bersikap positif dan sama sekali jangan kita masukkan sama sekali unsur-unsur negatif yang boleh membawa diri kita kepada kemusnahan dalam karier kita.  Berkawan dengan orang positif, orang yang berjaya dan ambil sebanyak boleh ilmu pengetahuan agar diri kita di per siapkan dengan pengetahuan dan skil-skil baru tentang jualan.  Jangan sama sekali berputus asa dan mudah kecewa. Ciptakan seberapa banyak matlamat-matlamat baru yang anda jangka boleh di lakukan yang secara automatiknya memberi rangsangan dan motivasi terbaik kepada diri sendiri dan boleh mempersiapkan diri anda semula menjadi seorang yang boleh melakukan jualan secara berkualiti tinggi dan di segani orang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan