Antara tujuan melakukan jualan dalam memenuhi proses jualan adalah bagaimana kita boleh meyakinkan prospek/pelanggan untuk menerima tawaran produk/perkhidmatan kita. Apabila kita telah melakukan persembahan produk/perkhidmatan ini bermakna proses bagaimana kita boleh memujuk dan pengaruhi prospek/pelanggan amat di perlukan. Semakin banyak pengalaman yang di dapati semakin mudah dan senang untuk pengaruhi prospek/pelanggan tersebut.
Usaha untuk memujuk, meyakinkan dan menerima penawaran kita amatlah di harapkan sebagai satu usaha dan kejayaan kita dapat melakukan jualan. Dalam memastikan usaha memujuk, meyakinkan dan seterusnya menerima tawaran dari kita, apa yang perlu kita lakukan adalah dengan cara
i. Memenuhi kepuasan
Kepuasan pelanggan hanya boleh di dapati jika kita sendiri telah sempurnakan apa yang di hajati dan di kehendaki oleh prospek/pelanggan itu sendiri. Beri prospek/pelanggan tersebut kefahaman yang baik dan jitu. Jangan sesekali untuk mendapatkan persetujuan prospek/pelanggan tersebut kita terlalu dengan cara banyak kelentong dan menipu fakta semata-mata menurut kehendak prospek/pelanggan tersebut dan ketepikan apa yang sepatutnya di kehendaki oleh organisasi yang kita wakili.
ii. Tunjukkan kredibiliti
Kredibiliti seseorang akan lebih menonjol dan di utamakan oleh prospek/pelanggan apabila kehadiran kita di terima dengan baik dan di percayai. Hendak bina keyakinan prospek/pelanggan pastikan kita bertindak jujur dan berhemah ketika berucap. Bersungguh-sungguh dalam penceritaan kita akan membuatkan prospek/pelanggan akan bersungguh-sungguh juga untuk mendengarnya dan fokus akan apa yang kita sampaikan.
iii. Testimoni
Dalam mana-mana urusan transaksi, bukti sosial amat berkesan sekali di gunakan untuk menunjukkan produk/perkhidmatan kita di terima oleh orang lain. Sebenarnya kita semua amat di pengaruhi dan mudah terpengaruh dengan hebahan mulut ke atas pengalaman seseorang yang telah membeli dan per gunakan produk/perkhidmatan yang telah di tawarkan ke atasnya dan merasa gembira dan puas di atas penggunaan produk/perkhidmatan tersebut.
Lumrah alam, hendak menjual kena juga memujuk supaya prospek/pelanggan lebih yakin dan faham apa yang telah kita perkatakan. Kalau setakat hendak bersembang dan memberi presentasi sahaja lebih baik kita iklankan sahaja dalam surat khabar atau dalam mana-mana flyers untuk kita edarkan di mana-mana yang kita kehendaki. Skil memujuk perlu ada supaya apabila kita berhadapan dengan prospek/pelanggan nanti kita tidak mudah mendapat kekecewaan nanti di penghujung jualan nanti. Sedangkan pasangan kita sendiri kita berjaya dan sentiasa memujuk inikan pula prospek/pelanggan yang berada di hadapan kita demi semata-mata menjaga kepentingan dalam karier jualan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan