Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 10 November 2011

JUARA DALAM JUALAN

Melaksanakan apa yang sepatutnya sememangnya di tuntut.  Menjadikan karier dalam jualan perlu di banggakan dan jangan sama sekali merasa malu dan kecewa, Kita bukan setakat membantu diri kita sahaja tetapi juga membantu prospek/pelanggan memenuhi segala keperluan dan kemahuan mereka di samping memastikan organisasi yang kita wakili mampu mengaut untung yang banyak dan boleh di banggakan.  Biarlah apa yang berlaku pada keadaan ekonomi semasa sekarang ini, profesion jualan tetap menjadi rebutan dan di kehendaki oleh mana-mana organisasi yang mementingkan pulangan keuntungan diperoleh dari hasil jualan yang dijana. Ubahlah cara hidup dan taraf kehidupan anda yang lebih baik dan lebih selesa hanya dengan menjadikan jualan produk/perkhidmatan melebihi dari sasaran yang di tetapkan.

Tindakan-tindakan yang perlu anda capai adalah

i.                    Lakukan untuk kejayaan

Bukan hanya setakat melepaskan batuk di tangga tetapi menjadikan alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke hujung lengan. Orang-orang yang bercita-cita besar, berazam dan rajin berusaha akan memastikan dan menjadikan karier jualan sebagai sumber rezeki utamanya. Mereka mempunyai motivasi dan aspirasi yang tinggi dan menjadikan lapangan jualan ini sebagai kebolehan dan keupayaan mereka untuk melakukannya yang terbaik.


ii.                  Berkelakuan bukan seperti orang yang gagal

Tiada sesiapa yang inginkan kegagalan, tetapi tidak ramai yang masuk berusaha mencipta nama mencapai kejayaan.Menjadikan anda seorang yang gagal di hadapan prospek/pelanggan bagaimana mereka akan merasa yakin dan mahu berurusan dengan anda? . Jadilah seperti lebah menghimpunkan madu supaya kegagalan tiada dalam kamus kehidupan kita.

iii.                Utamakan karier anda

Utamakan karier anda dahulu mengatasi yang lain bagi menjamin kestabilan periuk nasi di kemudian hari. bukan hanya menawarkan setakat gaji bulanan sahaja di terima tetapi juga komisen, elaun dan hadiah trip perjalanan ke luar Negara juga turut di berikan umpama seperti mendapat gagak putih.

iv.                 Jadilah seorang yang professional

Untuk memikat prospek/pelanggan, kita perlu menjadikan diri kita sendiri sebagai seorang yang pakar dan professional dalam bidang kerja yang kita lakukan seperti kata orang tua-tua dulu Ada rupa Ada harganya.  

v.                   Bersedia untuk menimba dan menambah ilmu

Firman Allah dalam surah al-Zumar, ayat 9 ;
قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون. انما يتذكر أولولوا الألبب
Maksudnya; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana"

Genggam bara api, biar sampai jadi arang, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alah bisa tegal biasa. Begitulah peribahasa orang-orang tua kita dahulu, tanpa mengenal putus asa, kecewa, merana dan frust menonggeng kita terus sahaja lakukan biar saja berapa besar halangan dan dugaan yang datang tetap pasti kita tempuhi dengan berani dan kuat semangatnya. Jangan sama sekali menjadikan kita seperti agak lebih dari agih yang membawa erti orang yang hanya pandai bercakap dan memberi alasan sahaja tetapi kerjanya sedikit sahaja. Tidak salah untuk menjadi orang yang berjaya dari menjadi orang yang gagal. Hanya tunjukkan sahaja prestasi kita seperti yang di mahukan tanpa perlu menunjuk-nunjuk dan memberi janji-janji palsu belaka. Ganjaran pasti datang kalau kita ikhlas dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Anda lah juara dan anda lah pemenangnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan