Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 28 November 2011

PERLUNYA SOALAN-SOALAN PENDEK - langkah-langkah yang perlu


Dalam kita mengemukakan persoalan ringkas untuk menarik perhatian prospek/pelanggan melakukan maklum balas yang di kehendaki oleh kita sendiri semata-mata mendapatkan info yang diperlukan kita harus ingat langkah-langkah berikut

i.                     Kemukakan soalan-soalan kepada prospek/pelanggan yang ditemui dengan soalan-soalan yang mudah dan senang untuk mereka menjawabnya

ii.                   Berikan soalan-soalan pendek tanpa perlu prospek/pelanggan memikir panjang memberikan jawapannya, jawapan yang di kemukakan sebaik-baiknya di jawab secara spontan sahaja.

iii.                  Elakkan sama sekali menanyakan soalan-soalan pendek yang sama dan berulang

iv.                 Jangan wujudkan suasana prospek/pelanggan menjadi boring dan membosankan

Pembelajaran dan latihan yang berterusan amat diperlukan bagi menjamin skil mengemukakan soalan-soalan pendek yang diperlukan dapat dikemukakan dengan baik dan berkesan apabila berhadapan dengan prospek/pelanggan. Tanpa soalan-soalan pendek yang kreatif dan menarik minat prospek/pelanggan berinteraksi dengan kita, bagaimana kita boleh mendapatkan penutupan jualan sepertimana yang dikehendaki.  Semakin kita mempraktikkannya semakin mematangkan dan memahirkan lagi skil kita apabila bertemu dengan prospek/pelanggan yang lain. Kita penentu segala-galanya untuk mencapai kejayaan milik kita sendiri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan