Malu bertanya sesat jalan. Inilah penyakit yang perlu di lupuskan apabila menceburi bidang jualan ini. Hendak menjual kena tebal muka baru menjadi. Malu biarlah bertempat. Jangan jadikan malu sebagai satu halangan dan kesukaran apabila berhadapan dengan prospek/pelanggan. Kerana malu habis semuanya punah tak tercapai apa yang di kehendaki. Jangan kerana kita malu sehingga kita gagal kemukakan soalan-soalan yang di kehendaki mengakibatkan karier kita dalam jualan akan terjejas teruk.
Antara jenis-jenis malu untuk di kemukakan soalan yang dapat di kesan adalah
i. Malu untuk membuka mulut
ii. Malu untuk memohon bantuan
iii. Malu untuk mendapatkan temu janji
iv. Malu untuk mendapatkan penjelasan
v. Malu untuk dapatkan jualan
vi. Malu untuk dapatkan siapa yang melakukan keputusan
vii. Malu untuk tanyakan komitmen
viii. Malu untuk kemukakan soalan-soalan peribadi
ix. Malu untuk tetapkan jadual panggilan dalam kalender
x. Malu untuk dapatkan referral
xi. Malu untuk dapatkan testimonial
xii. Malu untuk mengetahui mengapa prospek/pelanggan enggan untuk menerima
xiii. Malu untuk mengetahui apa halangan mereka
Bersedialah untuk anda mengemukakan soalan-soalan tanpa merasa malu dan segan bertanya lebih lanjut dan di kehendaki supaya segala maklumat dan info yang di kehendaki dapat di perolehi dengan senang dan mudahnya. Selagi anda malu untuk membuka mulut selagi itulah anda akan gagal dan terus gagal bagi melaksanakan jualan. Malu biarlah bertempat kerana ianya melambangkan keperibadian seseorang. Prospek/pelanggan terlebih dahulu akan melihat keperibadian kita dahulu sebelum melakukan apa-apa jua persetujuan bagi menerima tawaran yang di tawarkan. Buanglah sikap malu anda semata-mata bertujuan mempermudah kan lagi tugasan anda melakukan jualan. Jangan di persia-sia kan peluang yang berada di depan mata. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan