Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 14 November 2011

KETIKA MENJAMU SELERA - TINDAKAN YANG PERLU


Walau bagaimanapun adab-adab makan dan minum perlu di jaga kerana kita bertemu dengan prospek/pelanggan ada bersebab nya (untuk menjual) dan bukan sama sekali menjadi peneman atau suka-suka sahaja. Antara adab-adab dan tingkah laku yang perlu dijaga adalah


i.                     Bila hendak lakukan  tempahan pastikan melihat dahulu gelagat prospek/pelanggan, Apabila ia hanya melakukan tempahan air sahaja biarlah kita juga buat tempahan air juga walaupun di masa itu kita dalam kelaparan. Tahan sahajalah dulu kelaparan tersebut asalkan objektif utama kita boleh tercapai.

ii.                   Bila bersembang pastikan jangan terlalu merapu, buat lawak bodoh, sambil mengunyah hendak bercerita juga takut-takut makanan yang di kunyah tersembur pula.

iii.                  Jangan sama sekali kita begitu gelojoh dan main belasah sahaja mengambil makanan dan minuman seolah-olah macam seminggu kita belum makan lagi. Kawal dengan tingkah laku yang berbudi bahasa dan berhemah. Jangan sampai prospek/pelanggan terkejut dengan gelagat kita yang begitu gelojoh dan hilang sabar bila melihat makanan walaupun keadaan tersebut biasa-biasa sahaja bagi kita.

iv.                 Jangan pula berebut-rebut mengambil makanan bersama prospek/pelanggan.  Sentiasa kita dalam keadaan menunggu dan pastikan jangan di ambil lauk pauk nanti habis penuh satu pinggan kita sehingga orang lain hendak ambil pun tak boleh.

v.                   Sebaik-baiknya mendahulukan prospek/pelanggan minum atau mengambil makanan dahulu dan barulah kita mendahulukan walaupun makanan telah terhidang setengah jam lamanya. Bersabar sentiasa dan elakkan asyik menelan air liur kerana melihatkan dan merasa bau yang cukup kita gemari untuk menjamahnya.

vi.                 Pastikan tengah makan dan minum jangan pula di sepah-sepah makannya di sekeliling pinggan kita makan macam kita makan seorang-seorang di rumah sahaja. Sentiasa kena cool dan kunyah makanan dengan ‘slow and steady’ sahaja. Umpama kita makan siput atau ayam, pastikan kulit siput ataupun tulang ayam tersebut di kumpul sahaja dalam pinggan kita.

vii.                Kalau prospek/pelanggan makan menggunakan sudu dan garpu pastikan kita gunakan sudu dan garpu juga.  Begitulah sebaliknya kalau prospek/pelanggan menggunakan tangan sahaja jangan pula kita gatal tangan guna sudu dan garpu pula, itu namanya tidak kena gaya dan tidak menghormati orang lain sama sekali.

viii.              Bila habis makan tolong pastikan hendak bersendawa janganlah sampai satu kilometer orang mendengarnya, belajar kawal diri kerana bagi beberapa orang ia di anggap tidak menghormati orang lain. Kena berjaga-jaga. Sudah habis makan jangan order lagi makanan lagi, ingat fokus kita adalah untuk menjual bukannya hendak makan sampai kekenyangan

ix.                 Jika ada makanan yang tersangkut di celah gigi kita, cungkilah dengan menutup mulut kita bersama tangan sebelah kita. Tolong jangan di biarkan sama sekali habis semua orang melihat kita mencungkil gigi dengan kayu pencungkil begitu sahaja dengan mulut ternganga besar.

x.                   Mentang-mentang kita telah berjaya mencapai objektif kita dengan pelanggan tersebut bersetuju menerima tawaran kita, habis makan sahaja kita terus beransur dan pergi begitu sahaja. Bawa relax  dahulu bersembang-sembang apa yang patut sebagai penutup pertemuan kita dengan mereka

xi.                 Sebaik-baiknya kita yang melakukan pembayarannya melainkan prospek/pelanggan berkeras untuk membayarnya.  Kena sentiasa ingat hukum ini
·         Siapa ajak dia yang kena bayar
·         Kita orang yang memancing, prospek/pelanggan adalah pemangsa. Siapa yang hendak memancing pastikan dia perlu membayarnya

xii.                Bagi mereka yang merokok, biasanya orang lelaki lah, pastikan kalau hendak merokok biar prospek/pelanggan mulakan dahulu baru boleh join sekali kalau tidak pendamkan sahajalah kehendak nak merokok itu

xiii.              Jangan lupa ucapkan terima kasih dan penghargaan kita atas kesempatan prospek/pelanggan sudi meluangkan masa untuk kita dan mendengar tawaran kita kepada mereka

Begitulah adab-adab dan etika yang perlu kita jagai dan patuhi apabila kita makan dan minum bersama prospek/pelanggan. Kita berhemah dan jaga tingkah laku kita, prospek/pelanggan akan lebih menghormati kita. Ini adalah masa yang terbaik yang perlu kita gunakan sepenuhnya jangan sama sekali di buang kesempatan yang mendatang ini. Kadang-kadang kena perlu lakukan sedikit pengorbanan dan pelaburan maklumlah hendak memikat orang bukannya mudah dan senang.  Sentiasa mencari oportuniti yang terbaik untuk jualan diri kita. 


Berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
Tidak ada bejana yang diisi oleh manusia yang lebih buruk dari perutnya, cukuplah baginya memakan beberapa suapan sekadar dapat menegakkan tulang punggungnya (memberikan tenaga), maka jika tidak mau, maka ia dapat memenuhi perutnya dengan sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas nya.” (HR. Ahad, Ibnu Majah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan