Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 9 November 2011

PERLUKAH KITA MEMBAZIR MASA

Antara penyakit yang perlu dibuang dalam jualan ini adalah penyakit membuang masa di sebabkan suka menangguh-nangguh dan melambatkan tindakan yang sepatutnya. Punca berlakunya perkara ini adalah kerana tiada sikap untuk mengambil berat dan menjaga kepentingan prospek/pelanggan untuk berurusan.  Apa yang sibuk di fikirkan adalah penat, panas, biar prospek/pelanggan yang mencari kita dan sebagainya yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada diri kita sendiri. Tidak di nafikan semua orang sibuk dan sibuk dan kita perlu terlalu sibuk untuk lakukan penangguhan dan melambat-lambatkan lagi urusan prospek/pelanggan.  Bukankah itu dinamakan kegagalan dan tidak menghargai masa serta tidak menghormati prospek/pelanggan kita sendiri?

Perubahan diri amat di perlukan agar pengurusan masa kita lebih terjamin dan terbela bagi memastikan karier jualan kita menemui kejayaan sepertimana yang di kehendaki.  Urus lah masa kita dengan baik dan berkesan agar tiada kelalaian penangguhan kerja melarat dalam diri kita sendiri.  Antara perkara-perkara yang perlu di elakkan adalah

i.                    Semakin malas untuk bertindak

ii.                  Sentiasa merasakan tindakan jualan telah cukup memadai


iii.                Tidak melakukan sepenuhnya panggilan jualan


iv.                 Ke tidak tepatan dan serba kekurangan apabila bertemu


v.                   Kurangnya pengetahuan produk/perkhidmatan


vi.                 Gagal dalam persiapan segala-galanya


vii.               Temu janji tidak dapat di laksanakan




Begitulah pentingnya masa kepada kita yang beragama Islam yang perlu bukan setakat beribadat sahaja kepada Allah SWT sahaja tetapi dalam karier jualan juga  amat mementingkan peranan masa untuk di uruskan secara efektif seperti mana anda uruskan secara efektif dan profesionalismanya kepada prospek/pelanggan. Tindakan sebaiknya adalah melakukan perancangan setiap hari apa tindakan dan tugasan yang perlu di lakukan dan pastikan tiada pembaziran masa berlaku semasa tugasan jualan di lakukan. Kenal pasti segala halangan dan cabaran yang perlu di tempuhi supaya ia tidak meleret dan mengambil masa yang panjang yang boleh mengganggu fokus kita dalam karier jualan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan