Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 5 November 2011

MENANGANI BANGKANGAN – YANG PERLU DI LAKUKAN


Tidak di nafikan sesuatu jualan yang di tawarkan pasti akan menemui bangkangan. Walaupun menunjukkan kelecehannya apa yang di kehendaki sebenarnya, bangkangan tersebut adalah menunjukkan prospek/pelanggan tersebut mula berminat dan ingin mengambil tahu perkara selanjutnya.  Bangkangan juga menunjukkan satu tanda aras atau penerimaan kepada anda dalam mengharungi langkah demi langkah untuk mendapatkan ‘Closed Sale’. Ini bermakna jika tiada bangkangan berlaku, prospek/pelanggan berdiam diri bermakna prospek/pelanggan tersebut tidak berminat dan ingin mengambil tahu terus meninggalkan anda. Apabila tiada minat yang di tunjukkan bermakna tiada jualan berlaku kepada anda.

Apabila bangkangan berlaku, mungkin tip-tip sebegini boleh anda per gunakan untuk membalas balik, mematikan hujahnya  atau memaklumkan semula kepada prospek/pelanggan tersebut dengan cara

i.                    Gunakan testimonial

Cara yang terbaik dalam menangani bangkangan adalah menunjukkan bukti di hadapan prospek/pelanggan tentang kejayaan pelanggan sedia ada menerima kehadiran produk/perkhidmatan yang telah di terimanya dari anda.  Sebaik-baiknya dapatkan surat penghargaan ataupun bukti kepuasan hatinya secara bertulis.  Biasanya dalam bidang perkhidmatan perkara yang paling baik di lakukan adalah dengan cara menceritakan dengan mengaitkan kenalannya atau rakan sekerjanya secara menyatakan namanya sekali tentang kepuasan mereka menerima perkhidmatan dari anda.

ii.                  Tafsirkan ia sebagai satu soalan

Dengan hati yang terbuka dan telus, anda menerima bangkangan yang di utarakan sebagai satu persoalan dari prospek/pelanggan tersebut. Anggaplah ia sebagai satu soalan permintaan yang ikhlas untuk prospek/pelanggan ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan mendalam lagi.  Akui yang bangkangan tersebut adalah respon semula jadi dari prospek/pelanggan dalam mana-mana tawaran di kemukakan di mana risiko untuk menerimanya berlaku ke atas mereka bagi menimbangkan samada ianya berbaloi ataupun tidak. Meyakinkan mereka dengan memberi maklum balas yang di kehendaki amat di perlukan bagi memudahkan mereka benar-benar faham dan tahu secara yang di kehendaki apa yang di perlukan.

iii.                Berikan sebab-sebab yang terbaik

Nyatakan dengan berhemah dan penuh tanggungjawab apa alasan-alasan anda menawarkan produk/perkhidmatan yang diberikan kepada mereka untuk mereka perlu menerimanya dan menggunakan produk/perkhidmatan tersebut.  Alasan-alasan yang diberikan perlulah kukuh dan di terima akal.  

iv.                 Per mudahkan bangkangan tersebut

Per mudah dan jangan di sukarkan. Majoriti prospek/pelanggan kebanyakannya tidak mahu berlaku satu perbalahan atau perdebatan terjadi.  Kebiasaannya prospek/pelanggan pasti pada mulanya menolak dan tidak mahu menerima tawaran tersebut bagi melemahkan semangat dan kesungguhan anda. Dalam keadaan sebegini, tunjukkan lah semula kesungguhan, keriangan, peramah, mudah berkawan dan yang membina untuk menangkis bangkangan yang di tunjukkan.  Keperibadian anda, berbudi bahasa dan berhemah amat di tuntut dalam perkara ini.

v.                   Dengari dengan berhati-hati

Dengarlah dengan bersungguh-sungguh dan hayati bangkangan yang disuarakan.  Setiap bangkangan yang disuarakan pasti ada jawapannya. Kebiasaannya bangkangan yang anda lalui anda pernah melalui dan merasainya. Bersabar dan bertenang. Jangan terlalu gopoh dan terlalu ghairah dalam memberi maklum balas yang di perlukan.  Per gunakanlah skil mendengar anda sebaik-baiknya.

vi.                 Antara bangkangan melawan ketetapan

Tugasan anda semasa proses ini adalah untuk memastikan samada prospek/pelanggan tersebut melakukan bangkangan atas syarat-syarat yang beliau mahukan dari anda.  Sentiasa ingat, setiap permasalahan yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya. Tetap bersabar, berbudi bahasa, yakin dan jangan panik sama sekali untuk anda kemukakan apa sebenarnya yang mereka mahukan. Perlu di fahami dalam keadaan prospek/pelanggan menetapkan syarat-syarat yang di kehendaki oleh mereka sendiri, sebab utamanya adalah di sebabkan oleh komitmen dalam perbelanjaan mereka sendiri yang mungkin sukar atau susah untuk menerima tawaran anda. Biarlah ketetapan mereka berpada-pada dan jangan sampai di biarkan mereka meminta dari anda yang bukan-bukan terutama di luar bidang kuasa anda. Berwaspada sentiasa.

vii.               Menerima bangkangan dengan hati yang terbuka

Bangkangan kebiasaannya sama sahaja sebabnya dan mudah untuk di ramalkan, dalam mana-mana perbualan jualan. Pengalaman mematangkan anda dan melalui pengalaman juga kegagalan anda tidak perlu tempuhi.  Berfikir positif dan tunjukkan tingkah laku terbaik anda dalam menonjolkan diri anda benar-benar dapat membantu prospek/pelanggan.  Kepercayaan mereka akan lebih memudahkan lagi tugasan anda. Apabila kepercayaan wujud maka segala permasalahan mereka akan anda ketahui dan memudahkan lagi anda menyelesaikan permasalahan mereka melalui produk/perkhidmatan yang ditawarkan.

Ketahui dalam satu-satu perkara yang prospek/pelanggan dapat di yakinkan dalam menerima tawaran yang ditawarkan kepada mereka.. Beri tumpuan sepenuhnya dalam mencari dan membuktikan kepada mereka yang mereka bakal menerima produk/perkhidmatan yang di tawarkan itu adalah yang terbaik dan cukup menguntungkan mereka.  Hendak menguntungkan prospek/pelanggan perlu penceritaan apa kebaikan, kelebihan dan keutamaan dalam produk/perkhidmatan  yang di tawarkan. Jelaskan lah dengan penuh berhemah dan jangan sama sekali menipu semata-mata ingin menarik minat prospek/pelanggan tersebut. Di mana ada kemahuan di situ ada jalannya. Yakin pada diri sendiri, yakin pada produk/perkhidmatan yang di tawarkan, yakin pada organisasi yang di wakili. Kejayaan bukan pastinya datang dengan sekelip mata sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan