Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 13 November 2011

KETIKA MENJAMU SELERA - Perlu Jualan di lakukan


Kadang-kadang kita akan berhadapan dengan prospek/pelanggan di mana kita perlu bersama mereka di meja makan untuk menjamu selera bersama. Rezeki jangan di tolak maut jangan di cari. Ada rezeki dan ada peluang jangan di lepaskan kerana

i.                     masa terbaik untuk di bawa berbincang dengan prospek/pelanggan kerana inilah masanya mereka mempunyai masa lapang mereka untuk memberi peluang kepada kita mendengar dan fokus ke atas apa yang ingin kita sampaikan.

ii.                   Tawaran produk/perkhidmatan lebih mudah kerana bukan dalam keadaan yang agak formal dan santai sahaja

iii.                  Tanyalah latar belakang dia tentang pekerjaannya, keluarganya, pendidikannya dan sebagainya dengan lebih mudah lagi

iv.                 Segala permasalahan boleh di selesaikan dengan baik dan mudah mengikut kesesuaian antara kita dengan prospek/pelanggan tersebut


Perut kenyang hati senang, waktu makan lakukan secara santai dan tidak perlu secara formal dilakukan. AMbil kesempatan semasa bersembang dan berbual mesra kerana semasa menghadap makanan perhubungan secara mesra mudah dilakukan dan kebiasaannya akan berkekalan dan mudah lagi untuk berkomunikasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan