Berubah untuk kejayaan tidak apa asalkan tidak menjejaskan tetapi memulihkan dan memberi kesan yang positif terhadap karier jualan kita hanya semata-mata untuk kejayaan. Per tingkatkan skil, cara dan gaya di samping perbaiki lagi perhubungan kita dengan prospek/pelanggan amat di perlukan. Berhentilah dari mengatakan teori yang di dapati mungkin dari bos kita, rakan sekerja kita atau dari mana juga kita senang dapati dengan berprasangka mudah mengatakannya sahaja tetapi untuk di implementasi kan nya atau di lakukannya adalah sukar, payah dan susah sama sekali. Demi perubahan ke arah positif, memantapkan lagi dan mencapai kejayaan yang luar biasa, kita perlu melakukan
i. Ambil berat dan perhatian sewajarnya apabila ada sesuatu teori jelas dan baik untuk karier jualan berfikir positif dahulu kerana ia adalah baik untuk di usahakan dahulu. Teori umpama menunjukkan arah jalan dengan memberikan arahan dan panduan serta gambaran bagaimana untuk kita bertindak sepatutnya walaupun keputusan akhirnya mungkin tidak tercapai 100%. Anggaplah arahan dan panduan tersebut umpama cahaya yang menerangi perjalanan kita daripada kita teraba-raba di dalam kegelapan.
ii. Nak capai kejayaan bukannya senang dan mudah begitu sahaja. Perlukan pengorbanan dan mengikut arahan dan panduan yang telah di tetapkan oleh organisasi yang kita wakili melainkan kita bekerja untuk diri sendiri. Umpama orang yang hendak mendaki gunung, tanpa arahan dan panduan dari orang yang sepatutnya arif dalam bidang tersebut pasti sukar dan susah untuk melakukan pendakian itu nanti.
iii. Sentiasa ingat, Allah SWT sentiasa membantu umatnya walaupun se sukar mana kesusahan dan kepayahan yang kita lalui dan hadapi. Firman Allah SWT bermaksud : “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah : 286)
iv. Sentiasa mahu dan merasakan perlu melakukan perubahan semata-mata demi mencapai kejayaan yang di ingini walaupun kita cukup memahami perkara yang bakal di lalui dan dialami nanti dirasakan begitu sukar dan payah. Jika kita melaluinya proses tersebut dengan bersabar, tawakal, dan ikhtiar yang se maksimum yang boleh, bagaimana pun hasilnya, kita di kira amat beruntung. Begitu juga, jika kita menerima hasil akhir jualan kita dengan tabah dan bersyukur, itulah yang akan menjadikan diri kita lebih baik untuk mencapai kejayaan demi kejayaan yang kita inginkan.
Bertindak dahulu sebelum mengecam dan ke tidak puasan hati berlaku. Jika mengalami kesukaran dan halangan yang mungkin tidak dapat di lakukan dengan sebaik mungkin barulah aduan dan ceritakannya semula kepada mereka tentang teori-teori tersebut agak sukar dan susah untuk di lakukan secara berhemah dan berbudi bahasa tidak mengamuk tidak tentu hala atau memendam rasa begitu sahaja. Tetapi kalau teori tersebut baik untuk diri kita demi membantu kita mencapai kejayaan rasanya tidak salah untuk kita mencubanya hanya semata-mata kebaikan diri kita sendiri. Sentiasa positif dalam melakukan sesuatu tindakan. Fikirkanlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan