Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Satu peribahasa yang elok kita jadikan tauladan dan sempadan buat diri kita yang melakukan jualan dan bertemu dengan prospek/pelanggan. Salah satu sifat yang perlu di kikis dan di buang serta jangan sama sekali di serapkan terus menjadi tabiat kekal dalam diri kita adalah sikap yang suka men komplen, mengomen dan men kondem orang lain.
Firman Allah bermaksud “Hai orang-orang yang beriman, bertakwa lah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah di per buatnya untuk hari esok dan bertakwa lah kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” ( Surah al-Hasyr : 18)
Tugasan sebagai seorang yang melakukan jualan bukan setakat melakukan jualan sahaja tetapi bagaimana kita berinteraksi dengan berkomunikasi dengan prospek/pelanggan harus di jaga dan di pelihara dengan baik dan sempurna. Hilangkan lah sikap kita yang suka men komplen, mengomen dan men kondem seseorang kerana
i. menunjukkan kita seorang yang negatif yang sepatutnya tidak sepatutnya jadi sebegitu. Kita akan membuang masa sentiasa jika asyik memikirkan yang negatif sahaja ke atas orang lain. Macamana nak datang business jika kita asyik fikir yang negatif sahaja ke atas orang lain. Hapuskan segera dan fikirkan yang positif sentiasa.
ii. dikhuatiri kita akan hilang kawan-kawan kita kerana asyik men komplen, mengomen dan men kondem orang sahaja. Dalam karier jualan semangat berpasukan amat di tuntut sama sekali. Sampai bila kita perlu melakukan jualan seorang diri tanpa di bantu oleh rakan setugas kita. Memang kubur masing-masing, gaji sendiri-sendiri tapi bila kerja semangat berpasukan dan teamwork pula di semai dan perlu di terap bersama.
iii. prospek/pelanggan mahupun majikan tidak gembira di atas sikap kita yang terlalu memberi kesan yang negatif. Percayalah tidak ada seseorang pun di dunia ini yang suka dan mula percaya pada diri kita sendiri yang asyik bila bertemu sahaja akan mula kedengaran kita punya komplen, komen dan menghentam sesiapa yang kita suka. Seolah-olah kita seorang sahaja yang paling perfect di dunia ini. Pasti selepas ini selepas dua atau tiga kali pertemuan kita dengan prospek/pelanggan pasti mereka akan lari dan tidak mahu bertemu dengan kita lagi.
iv. sukar lakukan jualan kerana kita sibuk lakukan komplen dan mengomen orang lain. Kita mula tidak fokus dan mula mencari kelemahan dan kesalahan orang lain. Bila kita sudah mula hilang fokus dalam diri kita bagaimana kita hendak melakukan jualan sepertimana yang di kehendaki. Segala persiapan akan terganggu dan segala perancangan awal kita pasti sukar hendak di tunaikan.
Pastikan jika ada perkara-perkara yang membuat kita tidak berpuas hati di atas sesuatu perkara atau sesuatu kejadian berlaku bersabarlah terlebih dahulu dan jangan sama sekali di ikutkan hati yang panas takut nanti membara tidak tentu hala. Bersopan dan berhemah dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang ada dengan baik dan tenang. Bila kita kondem orang pasti suatu hari nanti ramai pula yang men kondem kita. Bila kita sibuk komplen dan komen kepada seseorang, tidak mustahil suatu hari nanti kita pula sibuk di komplen dan di komen ke atas diri kita. Allah maha berkuasa, ada masa kita di atas tetapi tidak selamanya kita di atas sana sentiasa dan pasti kita akan berada di bawah pula. Allah maha adil dan penentu segala-galanya.
Firman Allah SWT bermaksud : “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah:286)
Firman Allah SWT bermaksud “Dan sungguh kelak tuhan Mu pasti memberikan kurnia Nya kepada Mu, sehingga engkau menjadi puas” (Ad-Dhuha : 5)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan