Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 17 November 2011

MEMBENTUK GAYA PERSEMBAHAN YANG DIPERLUKAN


Salah satu dalam proses jualan adalah dengan mengadakan persembahan/sesi penerangan/taklimat/presentasi di hadapan prospek/pelanggan yang di temui.  Mungkin ianya boleh dilakukan di hadapan seorang dengan seorang ataupun secara berkumpulan.  Umpama jika kita memerlukan ikan, nak se ekor dua bolehlah dengan memancing sahaja tetapi jika perlukan banyak ekor ikannya kita amat memerlukan jala atau pukat untuk mendapatkannya secara banyak.

Tidak kiralah berapa ramai sekalipun yang kita inginkan, apa yang penting kita lakukan adalah bagaimana kita boleh mempengaruhi seseorang prospek/pelanggan yang kita temui meyakini dan menyetujui untuk menerima tawaran produk/perkhidmatan yang disyorkan ke atas mereka tanpa gagal. Antara perkara-perkara yang kita perlu lakukan adalah

i.                     Bercakaplah dengan penuh keyakinan dan tenang


ii.                   Bermula dengan ringkasan yang padat


iii.                  Penerangan yang ringkas dan mudah di fahami


iv.                 Fokus kepada info yang mesti di ketahui


v.                   Gunakan cerita, kes studi dan contoh


vi.                 Komunikasi secara dua hala


vii.                Simpulkan apa yang kita perlukan
.

viii.              Berlatih sentiasa


Gugup, panik, menggelabah, tidak keruan dan resah sememangnya perkara yang tidak dapat di elakkan lagi bagi melakukan jualan.  Bersabarlah kerana kesabaran kita akan mematangkan lagi tindakan kita. Berikan senyuman dan keceriaan di muka kita supaya prospek/pelanggan yang kita temui nanti juga akan bersikap sedemikian.  Presentasi yang baik dan bagus dengan penerangan yang berkesan dan mudah di fahami  akan memberikan pulangan yang baik kepada diri kita sendiri. Sentiasa menganggap segala yang mendatang ini adalah satu cabaran yang perlu di tempuhi dengan berani dan cekal nya.  Selagi kita meminta pertolongan dan bantuan dari rakan sekerja kita untuk melakukannya bagi pihak diri kita selagi itulah kita akan sukar menemui kejayaan yang di ingini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan