Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 15 November 2011

SIKAP DAN SIFAT YANG POSITIF

Antara perkara penting yang perlu ditanam dan disemai dalam diri masing-masing adalah berkenaan sikap dan sifat dalaman yang perlu ada dalam diri kita yang menjadikan karier jualan sebagai satu sumber pendapatan yang utama.  Kebanyakannya sikap dan sifat yang positif yang perlu ada bukannya datang secara semula jadi, lahir sahaja di muka bumi ini sudah positif sikapnya tetapi ia sebenarnya satu latihan diri sendiri yang perlu dipelajari berterusan dan di semai setiap masa. Banyak contoh-contoh yang menarik mungkin boleh di jadikan contoh dan iktibar tapi yang paling baik untuk di ikuti adalah bagaimana Rasul Agung kita telah memberi contoh yang terbaik untuk kita ikuti dan amalkan.

Islam menyuruh kita mencontohi akhlak dan peribadi Rasulullah SAW sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik. Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”. Disebutkan juga bahawa Saidatina Aisyah r.a pernah ditanya berkaitan akhlak Rasulullah. Beliau menjawab, akhlak Rasulullah SAW adalah al-Quran.

Sikap dan sifat yang perlu ada dalam diri seseorang dalam melakukan jualan itu adalah

i.                     Berakhlak

ii.                   Berdisiplin

iii.                  Boleh di percayai

iv.                 Berbudi bahasa

v.                   Bertimbang rasa

vi.                 Jujur

vii.                Tulus dan telus

viii.              Ramah

ix.                 Ikhlas

x.                   Membantu dan suka menolong

xi.                 Cekap

xii.                Tahu apa yang di lakukan dan berpengetahuan

xiii.              Profesional

xiv.              Tahu apa yang di perlukan

xv.               Tenang

xvi.              Sentiasa bersabar

xvii.            Mesra

xviii.           Bersedia sentiasa

xix.              Bekerjasama dan aktif

xx.               Memahami sentiasa apa jua keadaan

xxi.              Tidak takabbur – bercakap besar

Dalam apa juga bidang yang kita ceburi sikap dan sifat begini perlu ada bagi memastikan bukan sahaja prospek/pelanggan akan yakin dan senang mendampingi diri kita tetapi juga majikan akan lebih mempercayai dan yakin terhadap kita. Menjadi orang kepercayaan dan di percayai sebenarnya adalah tunjang dan perlu ada dalam diri kita lebih-lebih lagi dalam melakukan jualan. Prospek/pelanggan membeli dan menerima tawaran produk/perkhidmatan kita adalah semata-mata bukan kerana tawaran yang menarik dan mempesonakan tetapi sebenarnya pada hakikatnya adalah di sebabkan kepercayaan dan keyakinan prospek/pelanggan ke atas diri kita.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan