Untuk
mendapatkan soalan-soalan yang diperlukan ada beberapa tindakan yang perlu yang perlu dilaksanakan oleh kita agar apa yang kita
lakukan nanti akan membolehkan diri kita memperoleh apa yang kita hajati
terlebih dahulu. Antara tindakan-tindakan tersebut adalah
i.
Antara tindakan yang perlu kita lakukan adalah
bermula dengan kreatifnya menanyakan dan kemukakan soalan-soalan pendek yang
berkisar tentang kemahuan dan keinginan manfaat yang di perlukan dalam mencapai
matlamat prospek/pelanggan yang di temui.
ii.
Apabila jawapan maklum balas telah diterima
peringkat seterusnya, terus bertanya soalan ringkas lagi berdasarkan daripada
jawapan yang telah diberikan sebelum ini.
iii.
Semasa prospek/pelanggan memberikan jawapannya,
kenal pasti segera apakah keperluan dan keinginan mereka yang boleh kita
kemukakan tawaran yang bersesuaian dengan kehendak mereka
iv.
Pastikan banyak menggunakan perkataan bermula
dengan “Kenapa” dan “Bagaimana”
Suasana dan mood
prospek/bakal pelanggan tersebut amat penting untuk diambil kira bagi
mendapatkan maklum balas. Bagi memastikan setiap soalan yang dikemukakan
tersebut mendapat maklum balas yang baik dan seperti mana yang di kehendaki
kreativiti dan kesabaran perlu ada di samping pandai menarik minat
prospek/bakal pelanggan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan