Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 23 November 2011

FOKUS DALAM CAPAI KEJAYAAN




Tiada siapa mahukan kegagalan. Apa yang perlu dicari adalah kejayaan dalam melakuka sesuatu untuk kehidupan. Melakukan jualan dalam mendapatkan pendapatan, komisen, imbuhan dan ganjaran amat dicari-cari bagi mereka yang menjadikan jualan sebagai satu sumber pendapatan. Mahu tidak mahu kejayaan yang diidam-idamkan selama ini. Terbaca satu artikel yang di tulis oleh Motivator Jualan di United Kingdom oleh Sean McPheat di mana menurut beliau, mengatakan bahawa terdapat satu formula bagaimana kita yang cenderung dalam bidang jualan boleh berjaya untuk mencapai KEJAYAAN sepertimana yang di kehendaki iaitu dengan cara


KEJAYAAN    =    SIKAP    +   SKIL   +  PROSES    +   PENGETAHUAN

Jadi apakah empat komponen yang di maksudkan untuk kita boleh mengacapi kejayaan di dalam bidang jualan ini? Komponen-komponen tersebut adalah

i.                    SIKAP
Sikap menunjukkan sifat kita yang boleh mempengaruhi keyakinan prospek/pelanggan sama ada boleh atau tidak menerima  tawaran yang di tawarkan. Jika kita mendapati setiap peluang yang datang sebagai satu oportuniti sebagai satu penghormatan terhadap kita dan menganggapkan nya sebagai satu pembelajaran yang berterusan, kita akan memberikan kepada prospek/pelanggan satu asas berinteraksi yang berjaya dan menarik minat mereka

ii.                  SKIL
Skil adalah sesuatu yang boleh dipelajari dan bukan sama sekali kebolehan semula jadi atau warisan turun temurun dari keturunan kita. Semakin banyak kita mempelajarinya semakin kita mahir dan boleh meningkat lagi jualan kita.  

iii.                PROSES
Melakukan jualan adalah satu proses dari mendapatkan leads kepada penutupan jualan. Setiap proses jualan di lakukan secara konsisten dan stabil setiap masa tanpa meninggalkan satu langkah pun proses jualan tersebut dengan jayanya. Jika gagal bermakna kita mungkin tidak menjaga proses tersebut dengan betul dan jayanya.

iv.                 PENGETAHUAN (ILMU)
Orang yang berjaya dalam karier jualan sentiasa teruja dan dahagakan ilmu untuk di praktik kan lagi kepelbagaian dalam usaha menambahkan lagi jualan mereka. Semakin kita mengetahui sesuatu perkara yang di dapati dan dipelajari semakin datang keyakinan kita melakukan jualan dengan tenang dan mudah kita melakukannya.



Terdengar di Radio Sinar FM ruangan Motivasi Dr Azizan Osman mengatakan “pemikiran kita ini umpama sebuah magnet. Apabila kita fokus kepada kejayaan maka semakin banyak kejayaan yang boleh dan akan kita tarik untuk kita menikmati kejayaan. Begitulah sebaliknya, jika kita fokus kepada masalah, maka semakin banyaklah masalah akan timbul sehingga kita akan mengalami kesukaran untuk mencapai kejayaan hanya disebabkan kita terlalu sibuk dengan masalah”. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan