Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 24 November 2011

DARI BAIK KEPADA YANG TERBAIK


Memang tidak di nafikan sesiapa jua yang menceburi bidang dan menjadikan karier jualan sebagai seorang yang boleh melakukan jualan dengan baik dan berkesan. Tidak kira dalam satu jangka masa pendek, sederhana ataupun panjang masing-masing akan merasa cukup berpuas hati asalkan dapat menjana pendapatan walaupun sedikit. Yang penting jualan dapat di laksanakan dan sasaran yang ditetapkan dapat dipenuhi.

Adakah itu sudah memadai dengan pencapaian kita? 

Atau adakah kita hanya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja? 

Sepatutnya apabila kita telah menceburi sesuatu bidang lakukan lah dengan sepenuh hati dengan bersungguh-sungguh dengan menjadikan matlamat memperolehi pendapatan se maksima yang boleh dan termampu.  Sentiasa berazam dan mengubah minda yang ada supaya karier jualan hendaklah ditukarkan dari biasa-biasa kepada yang baik dan seterusnya yang paling terbaik pernah kita lakukan.  Di antara langkah-langkah yang perlu di lakukan untuk memastikan kita berupaya menjadikan karier jualan dengan menjadikan jumlah pendapatan kita adalah terbaik adalah melalui cara

i.                    Prospek

Adakah kita masih mengharapkan prospek/pelanggan mencari dan datang untuk kita bagi mendapatkan urus niaga perniagaan yang baru? Adakah masa yang cukup dan memadai kita peruntukkan untuk diri kita sentiasa mencari prospek? Orang yang berjaya akan sentiasa mencari prospek secara agresif di mana jua oportuniti yang boleh di temui.

ii.                  Skil pertanyaan

Amat penting pertajamkan lagi skil pertanyaan kepada prospek/pelanggan dengan menjadikan setiap soalan yang di kemukakan mendapat maklum balas yang kita kehendaki secara senang, tenang dan tidak terburu-buru serta tertekan yang diberikan daripada prospek/pelanggan.  Penting untuk kita per kemaskan skil pertanyaan ini bagi memastikan penutupan jualan dapat di lakukan seperti mana yang dikehendaki.

iii.                Fokus

Fokus mencari prospek/pelanggan yang benar-benar boleh menerima tawaran kita dari pergi setiap seorang dari senarai leads yang ada pada diri kita. Lakukan mana tugasan yang penting dahulu daripada asyik melakukan yang tindakan segera atau tugasan yang kita sukai sahaja.

iv.                 Peningkatan diri

Lakukan pelaburan sedikit demi kejayaan untuk diri kita sendiri. Bukan pelaburan saham amanah atau Skim cepat kaya tetapi pelaburan yang di maksudkan ini adalah kesanggupan diri kita sendiri melakukan pelaburan membeli buku-buku, audio-audio jualan, menghadiri kursus-kursus dan seminar-seminar dengan menggunakan duit poket kita sendiri. Adakah kita sanggup?

v.                   Presentasi

Prospek/pelanggan akan mudah tertarik jika persembahan yang di kemukakan kepada mereka cukup menghiburkan dan mudah memberikan kefahaman kepada mereka.  Pelajari dari orang yang telah berjaya melakukan presentasi yang menarik kepada prospek/pelanggan mereka bagaimana mereka melakukannya. 

Adakah kita sanggup melakukan perubahan demi mencapai tahap terbaik dalam bidang jualan kita tidak kira apa juga yang berlaku dan terjadi? Kita tentukan sendiri kejayaan kita. Mahu berjaya perlu berusaha lebih gigih lagi dan jangan sama sekali meminta simpati dari sesiapapun jua. Yakin yang kita juga tergolong dalam orang yang sentiasa boleh melakukan jualan yang terbaik dan yang di kehendaki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan