Tempoh yang menakutkan bila
seseorang yang melakukan jualan. Penutupan jualan yang berlaku kebiasaannya
hanya memakan masa yang sebentar atau sekejap sahaja jika di bandingkan dengan
tempoh masa yang lama semasa presentasi atau pembentangan jualan di lakukan.
Walaupun tempuh yang diberikan hanya seketika sahaja namun inilah masa yang
paling penting dan getir sekali digunakan bagi memastikan jualan dapat di
lakukan walau apa jua keadaan dan situasi yang berlaku.
Mungkin strategi yang di
nyatakan ini boleh dan dapat membantu bagi mempertajamkan lagi skil penutupan
jualan kita sepertimana yang di perlukan iaitu
i.
Pastikan kita tetap
lakukannya
ii.
Bertanya dan jangan sama
sekali memberikan cadangan
iii.
Bertanya lebih daripada
sekali
iv.
Bertenang
v.
Ingat, penutupan jualan
adalah tugasan utama
vi. Jangan hanya membisu sahaja tanpa bertanya mendapatkan persetujuan
vii. Kesungguhan dalam melakukan jualan memikat hati bakal pembeli
Semakin banyak kita dapat penutupan jualan
(closed sale) semakin banyak peluang komisen kita dan semakin cerah kita di kurniakan pendapatan yang lumayan di samping terbuka luas membina karier jualan kita. Bersikap positif dan bersedia menempuh segala dugaan,
cabaran dan rintangan dengan penuh kesabaran dan keyakinan yang kita
sememangnya boleh melakukannya. Kalau kita sendiri tidak yakin siapa yang boleh
meyakinkan diri kita sendiri? Semuanya bergantung kepada keupayaan dan
keyakinan dalam diri kita sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan