Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 26 November 2011

PERLUNYA SOALAN-SOALAN PENDEK


Satu skil yang perlu kita ada bagi memudahkan mendapat maklumat dan maklum balas prospek/pelanggan adalah hanya dengan keupayaan kita menanyakan soalan-soalan yang pendek dengan harapan prospek/pelanggan memberikan jawapan yang panjang dan memudahkan lagi kita mendapatkan maklumat yang di kehendaki.

Kebiasaannya soalan yang pendek dan ringkas akan mendapatkan satu bentuk jawapan yang panjang dan berjela. Tapi jika soalan yang di kemukakan adalah panjang dan berjela sudah pasti jawapan yang diterima adalah pendek dan ringkas. Mungkin ini hukum alam dan kejadian Allah SWT. Ketahui bila masa yang paling sesuai untuk kemukakan soalan-soalan pendek bagi mendapatkan jawapan-jawapan yang menunjukkan maklumat dan info yang kita sendiri kehendaki hanya semata-mata memudahkan kita menyediakan produk/perkhidmatan yang bagaimana boleh disesuaikan mengikut keinginan prospek/pelanggan tersebut.

Antara contoh soalan-soalan ringkas yang mungkin kita boleh per gunakan adalah seperti

               
    “Boleh berikan contohnya?”

                “Tolong jelaskan sekali lagi?”

                “Apakah halangannya?”

                “Kenapa menolak tawaran?’

                “Bagaimana caranya?”

                “Apa yang Encik ketahui tentang produk kami?”

                “Kenapa Encik?”


Dan mungkin banyak lagi boleh kita pergunakan asalkan kita matlamat kita mendapatkan maklum balas yang banyak dari prospek/pelanggan kita mudah didapati dan difahami. Sentiasa kreatif mencari sumber-sumber yang ada bagi mendapatkan maklumat dan info tentang kemahuan dan keperluan prospek/pelanggan tersebut bagi memudahkan lagi tugasan jualan kita menempatkan produk yang bersesuaian dengan keperluan untuk diri prospek/pelanggan tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan