Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 18 November 2011

GAYA KONSULTAN JUALAN


Adalah lebih baik bagi kita cuba sedaya upaya untuk menukar strategi jualan kepada prospek/pelanggan dari gaya jualan terus kepada suatu strategi yang menjadikan kita seolah-olah sebagai seorang juru runding konsultan jualan yang bertindak seperti memberi nasihat dan pandangan bagi memenuhi keperluan prospek/pelanggan dengan menitik beratkan segala kelebihan , keuntungan yang bakal di terimanya dan keutamaan produk/perkhidmatan kita untuk di guna pakai oleh prospek/pelanggan.


Tindakan yang perlu di lakukan adalah 


i.                    Jangan sama sekali di maklumkan tentang harga dan kosnya tetapi maklumkan tentang kelebihannya dahulu.


ii.                  Tunjukkan dan tampilkan kenapa prospek/pelanggan amat memerlukan produk/perkhidmatan


iii.                Fokus bukan setakat menjual tapi jalinkan perhubungan

           
             iv.        Pastikan kita tahu apa yang anda ingin tawarkan



              v.        Bersabar dengan karenah prospek/pelanggan






Beri khidmat nasihat yang baik dan jujur dalam memastikan prospek/pelanggan yakin untuk menerima tawaran dari kita.  Kejujuran dan sepenuh tanggung jawab memberikan fakta yang terbaik dan memenuhi maklumat yang diperlukan oleh mereka.  Jangan sama sekali menipu, membohongi dan merendah-rendahkan keupayaan prospek/pelanggan berfikir untuk mudah dan senang menerima tawaran kita begitu sahaja. Ikhlas dan tahu apa yang perlu kita sampaikan kepada prospek/pelanggan akan membina lagi perhubungan dan kepercayaan yang terbaik antara kita dan pelanggan kita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan