Acap kali dan sering kali kita mendengar mana ada teori itu sama dengan praktikalnya. Teori adalah teori manakan sama dengan praktikalnya setiap apa yang kita lakukan. Teori sahaja kalau di kemukakan begitu baik untuk dipelajari dan di ikuti begitu sahaja tetapi secara praktikalnya pula adalah berdasarkan kepada pengalaman seseorang yang sudah di tempuhi. Mana satu yang betul, mana satu yang perlu di ikuti. Biasanya teori adalah kebiasaannya mengikut kepada pandangan, pengamatan dan pengalaman seseorang yang telah melaluinya sebelum teori tersebut dikeluarkan sebagai satu arahan yang perlu di ikuti.
Sebenarnya kedua-duanya memerlukan
antara satu sama yang lain tidak terpisah antara kedua-duanya. Umpama isi dan kulit. Sesuatu perancangan
memerlukan antara kedua-duanya sekali antara teori dan praktisnya. Tetapi
kadang kala ramai yang mengatakan hanya teori sahaja yang mudah di perkatakan
tetapi secara praktikalnya pula adalah sukar atau susah untuk melakukannya,
kenapa ia nya sukar untuk dilakukan dan di terjemahkan kepada realiti?
i.
Kerana naluri
kita begitu negatif atau ayat paling mudah faham iaitu degil apabila
menerima satu-satu teori yang perlu di lakukan dengan mengatakan ia nya sukar
untuk di lakukan walhal secara perbuatannya belum di lakukan apa-apa pun lagi,
sehingga merasakan ia nya wajar tidak dilakukan seterusnya mengikut logik akal
dan naluri seseorang. Fikirannya masih merasakan teori hanya teori sahaja dan
bukannya boleh dilakukan secara praktikalnya.
ii.
Tiada yakin pada diri
sendiri hanya di sebabkan
tidak mahu ada perubahan secara mendadak
berlaku pada diri seseorang.
iii.
Tidak mahu berubah langsung di sebabkan sudah cukup apa yang selama
ini di kerjakan walaupun jualannya hanya cukup-cukup makan sahaja. Malas
adalah faktor utamanya.
Adakah ini yang kita
perlukan dan cari selama ini? Adakah teori-teori atau cadangan-cadangan baru
yang kita dapati akan menjejaskan karier jualan kita demi kejayaan kita dan demi
masa hadapan kita sendiri walaupun teori-teori tersebut ataupun cadangan-cadangan
tersebut baik dan elok? Sentiasalah
berfikiran positif dan sanggup berusaha mencapai perubahan diri sendiri
demi kejayaan seperti mana yang kita inginkan dan idamkan.
Seorang penjual yang hebat perlu mempunyai sikap flexible dalam menaikkan taraf kualiti ilmu jualan.
BalasPadamTerima kasih atas maklumbalas anda. Pada pandangan peribadi saya terdapat banyak sebabnya antaranya kerana terlalu taksub dengan apa yang ada, terlalu ego dan percaya dengan apa yang telah di amalkan dan mungkin juga dirasakan cara lama lebih berkesan walaupun kaedah yang baru belum dicuba lagi. InsyaAllah nantikan artikel terbaru saya berkenaan dengan permasalahan ini.Terima kasih sekali lagi
Padam