Langit tidak selalu cerah.
Tapi itulah jualan yang harus di tempuh. Bukan semua yang kita harapkan akan berjaya
dan mem perolehi jualan seperti mana yang di kehendaki oleh kita. Bila bertemu
dengan yang mudah dan senang, syukur alhamdulillah jualan kita di terima oleh
pelanggan yang kita temui. Tapi apabila bertemu dengan kepayahan dan kesukaran
yang di tempuh, biarlah selancar mana kita perkatakan, biarlah se bagus mana
presentasi kita di hadapannya, namun prospek/pelanggan masih enggan untuk di
terima jua tawaran yang kita lakukan. Penatnya hanya Allah sahaja yang
mengetahuinya, cukup kah tindakan kita hanya merasa kecewa, mengeluh, marah
atas tindakan prospek/pelanggan tersebut,
bersungut sepanjang masa tapi adakah tindakan ini dapat menyelesaikan
masalah kita?
Kecewa memang kecewa, tapi
apa tindakan seterusnya dari diri kita sendiri. Apa tindakan sewajarnya untuk
kita lakukan selepas ini. Perlu kah kita
melepaskan peluang begitu sahaja dan melupakan sahaja prospek/pelanggan
tersebut? Beribu lagi prospek di luar
sana boleh dicari sebagai penyedap perasaan kita apabila menemui kegagalan.
Adakah tindakan sebegini memadai? Perlu ada tindakan berterusan dan sentiasa
untuk menentukan kita boleh menguasai skil jualan kita dengan baik dan berkesan
setiap kali bertemu dengan prospek/pelanggan terutama apabila kita menemui
kegagalan melakukan jualan penutup.
Antara perkara-perkara yang
perlu di lakukan dan di cadangkan untuk kita melakukannya adalah
i.
Dengan perasaan yang terbuka hubungi semula prospek/pelanggan tersebut dan tanyakan apa sebabnya
beliau menolak tawaran kita. Mungkin soalan-soalan berikut boleh kita kemukakan
seperti
“Boleh saya tahu halangan encik untuk tidak
menerimanya?”
“Boleh saya tahu apa yang tidak kena dengan
produk/perkhidmatan ini?”
“Boleh saya tahu, apa kelebihan pesaing sehingga
encik tidak menerima
tawaran kami?”
ii.
Setelah mendapatkan maklum balas prospek/pelanggan
tersebut, nyatakan penghargaan kita
melalui penghantaran mesej SMS, e-mel, kad ucapan atau surat peribadi dari kita. Tunjukkan yang mereka masih relevan lagi walaupun
mereka merasakan mereka telah melakukan satu keputusan yang tepat menolak
tawaran dari kita.
iii.
Muhasabah sentiasa. Kaji apa yang di kehendaki dan apa yang
perlu kita lakukan semula. Cari dan temui semula dan pastikan setiap kesalahan
dan kelemahan kita tidak sama sekali diulangi lagi
iv.
Tunjukkan kita sentiasa membantu prospek/pelanggan dan bukan semata-mata mengaut
keuntungan sahaja untuk diri kita. Yang
penting prospek/pelanggan tersebut sentiasa mengetahui makluman terkini dan
kemudahan mereka untuk mereka mudah dan senang menghubungi kita.
v.
Caj semula diri kita untuk segera melupakan apa yang berlaku
dan lakukan tindakan pembetulan semula tanpa tangguh. Kuatkan semangat dan
cekal sentiasa dan berfikiran waras dan sedar yang kekecewaan tiada
mendatangkan apa-apa imbuhan dan keuntungan kepada diri kita sendiri.
Dah dapat seorang
prospek/pelanggan bukannya senang dan mudah inikan pula kita perlu melepaskan
ia begitu sahaja. Kadang-kadang perlu juga kita ingat bukan sentiasa kita boleh
mendapatkan penutupan jualan sentiasa berlaku. Mendapatkan penutupan jualan
yang berjaya adalah matlamat utama kita. Usahakan dan jangan sama sekali di
biarkan berlalu begitu sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan