Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 1 Disember 2011

JENIS-JENIS PELANGGAN


Pelanggan merupakan nadi kepada perniagaan. Tanpa pelanggan sesuatu perniagaan agak sukar berkembang dan maju. Tanpa pelanggan kita mungkin tiada pekerjaan yang diwujudkan. Mencari pelanggan bukan tugas mudah tetapi apabila pelanggan telah wujud bagaimana kita boleh manipulasikan kewujudan pelanggan ini. Ini tugas kita sebenarnya.

Di dalam buku tulisan Md Ali Berahim bertajuk Pelanggan Setia terbitan PTS Publication menyatakan terdapat empat jenis pelanggan yang perlu di ketahui samada pelanggan tersebut dapat membantu atau tidak karier kita di dalam jualan iaitu

i.                    Pelanggan spontan
Pelanggan spontan bermaksud hanya sekali sahaja berurusan dengan kita sama ada ia datang menemui kita ataupun terpaksa mengambil produk kita bagi memenuhi keperluan dirinya sendiri.  Kebiasaannya pelanggan seperti ini tidak memikirkan apa-apa melainkan  ia dapat memenuhi keperluan dan kehendaknya sahaja sudah memadai.  Ia juga boleh berlaku jika ia datang di sesuatu tempat atau lokasi yang mungkin produk/perkhidmatan yang dikehendakinya tidak terdapat di tempat tinggalnya.

ii.                  Pelanggan tetap biasa
Pelanggan seperti ini yang telah pun mendapatkan produk/perkhidmatan dari kita cukup berpuas hati dengan kita. Pelanggan ini akan datang lagi mengambil produk/perkhidmatan kita walaupun setelah dua atau tiga kali mengambilnya.  Walaupun begitu, pelanggan seperti ini hanya mahu per gunakan untuk diri beliau sendiri sahaja tanpa menghebohkan dan menceritakan kepada orang lain. Sebaik mana kita tawarkan produk ini kepada beliau walaupun banyak kali beliau mengambil produk/perkhidmatan kita beliau masih setia untuk menggunakan secara bersendirian sahaja.

iii.                Pelanggan yang berkembang
Pelanggan bukan sahaja berpuas hati dengan kita tetapi juga mengambil produk/perkhidmatan kita lagi dan lagi sambil melakukan hebahan mulut kepada orang lain dan perkenalkan produk/perkhidmatan kita juga kepada orang lain. Pelanggan sebegini lah idaman kita yang harus kita carikan dan berikan matlamat utama kepada mereka.  Hanya kerana pelanggan merasa cukup puas hati atas layanan kita kepada pelanggan sebegini, pelanggan tersebut akan turut pasarkan produk/perkhidmatan kita sebagai pengiklanan percuma yang bergerak untuk kita.  Sesungguhnya promosi hebahan mulut ke mulut adalah satu alat promosi yang paling berkesan sekali di dalam dunia penjualan. Tiada kos yang di keluarkan cuma tugasan kita adalah untuk memastikan servis kita mencapai tahap maksimum kepuasan pelanggan kita. Perhubungan yang baik amat di titik beratkan pada pelanggan seperti ini.

iv.                 Pelanggan perkongsian
Kebiasaannya pelanggan seperti ini juga menjadi rakan kongsi kepada perniagaan kita. Kita untung mendapatkan pendapatan, begitu juga pelanggan juga akan mendapat untung pendapatan seperti mana kita. Pelanggan seperti ini juga melakukan perniagaan dan bermatlamatkan keuntungan pendapatan hasil dari produk/perkhidmatan yang kita tawarkan. Contoh terbaik kepada konsep perniagaan kita adalah seperti firma guaman, arkitek dan sebagainya.  Mereka juga mungkin terdiri daripada pelanggan dalaman perniagaan kita sendiri.

Ketahui di mana letaknya tahap pelanggan-pelanggan kita sekarang. Adakah kita tahu di mana tahap kepuasan pelanggan kita? Perlu kah kita memperbaiki mutu khidmat kita kepada pelanggan tersebut dan membiarkan pelanggan kita begitu sahaja? Kita  sahaja mengenal pelanggan kita, bukannya orang lain. Menjaga pelanggan sedia ada adalah tindakan baik untuk diri kita sendiri dari menjaga prospek yang sudah tidak tahu lagi sama ada mahu atau tidak menerima produk/perkhidmatan kita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan