Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 14 Disember 2011

Bersedia untuk berubah


Kadang-kadang idea dan tindakan kita sama sahaja. Langsung tiada perubahan dan merasakan apa yang kita lakukan selama ini betul dan benar sahaja selagi mana kita mampu mem perolehi penutupan jualan dan hasil yang lumayan kepada diri kita sendiri. Tapi malangnya selama mana agaknya perlu untuk kita praktikan selamanya. Perlu ada perubahan yang mesti dilakukan hanya semata-mata bagi pertahankan dan mencipta kejayaan yang lebih baik dari apa yang kita perolehi selama ini.

Tidak perlu tindakan drastik atau tiba-tiba untuk mengacapi kejayaan yang di idamkan tapi yang penting kita masih mahu dan perlu menambah baikkan lagi skil dan pengetahuan kita dalam bidang jualan terutamanya bagi  memikat dan memberi presentasi yang terbaik kepada prospek/pelanggan. Kalau kita mampu untuk pelajari perkara-perkara yang baru tidak salah untuk kita praktikan pula semata-mata untuk kebaikan dan keuntungan diri kita sendiri. Ini kerana orang-orang yang berjaya sanggup untuk melakukan perubahan diri kearah yang lebih positif, fleksibel, menyesuaikan diri dan minda. Antara yang perlu dilakukan adalah

·                              kesanggupan untuk mengaku kesilapan..

·                              Buang keegoan dan rasa tinggi diri

·                              hadapi dengan rasa kesanggupan setiap kesalahan yang kita lakukan.

·                                                   gunakan pendekatan yang baru yang bersesuaian di rasakan boleh  meningkatkan lagi cara kerja dan prestasi jualan kita. 

·                              buatlah kajian terlebih dahulu samada ianya bersesuaian untuk di praktikan dahulu atau tidak.

·                             Risiko perlu di tanggung dan tidak mungkin risiko sentiasa sifar.

·                                                mengaku kesilapan kita agar tidak mengulangi semula dan perbaiki diri dan minda


Berubah untuk mengacapi kejayaan dengan ilmu dan kaedah yang baru supaya kita dapat per tingkatkan lagi prestasi kerja dan jualan kita baik untuk prospek/pelanggan mahupun untuk organisasi yang kita wakili. Andai kata berlaku lagi bermakna kita masih di tahap kegagalan dan tidak  kemana-mana. Kita sendiri yang tentukan hala tuju karier kita dan bukannya orang lain pun. Sebab itu kita amat di tuntut untuk mencari ilmu sebanyak yang boleh baik dari segi pembacaan buku-buku jualan dan motivasi, menghadiri seminar-seminar ataupun kursus-kursus walaupun menggunakan wang saku kita sendiri ataupun sentiasa berkawan dan bersahabat dengan baik bersama mereka-mereka yang telah berjaya melakukannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan