Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 11 Disember 2011

Mana satu yang perlu di ikuti


Inilah peranan kita untuk imbangkan antara karier, peraturan organisasi dan prospek/pelanggan supaya semua pihak sentiasa mempercayai segala tindak tanduk dan kepercayaan mereka tidak berbelah bagi dan memandang serong atas segala tindakan yang kita lakukan.   

Karier jualan umpama kita menjaga periuk nasi kita sendiri agar nasi yang di masak di dalamnya biarlah putih berseri dan cukup menyelerakan apabila di jamu. Jangan sama sekali di biarkan ianya berlarutan menjadi tidak elok masaknya, di tabur dengan pasir atau berlebihan airnya.  

Ambillah langkah-langkah berikut agar ianya tidak berlaku lagi kerunsingan dan kekeliruan terjadi dalam diri kita iaitu dengan cara

i.                     Tugasan utama kita memahami segala prosedur, peraturan kerja dan etika yang perlu di patuhi dan diikuti terlebih dahulu

ii.                   Memahami dengan jelas dan tahu apa sebenarnya yang di kehendaki oleh pelanggan

iii.                  Sesuaikan segala keperluan dan kehendak pelanggan dengan menawarkan produk/perkhidmatan yang sepatutnya melalui perkara-perkara yang di benarkan sahaja

iv.                 Sampaikan dan maklumkan segala info dan maklumat produk/perkhidmatan yang sepatutnya dengan lebih mendalam dan telus kepada pelanggan tersebut

v.                   Pastikan pelanggan benar-benar memahami dan faham apa yang organisasi kita mahukan dan perlukan

vi.                 Di takdirkan prospek/pelanggan tidak berpuas hati ataupun marah semasa penawaran di lakukan biarlah semasa peringkat perundingan berlaku dan terjadi supaya ianya sama sekali tidak meleret dan terbawa-bawa kemudian hari kelak.

vii.                Perlu di pastikan agar pelanggan kita betul-betul bersetuju dan menerima tawaran kita, segala prosedur dan peraturan yang telah di tetapkan oleh organisasi perlu di patuhi dan di ikuti dengan sepenuh hati dan penuh keredhaan dari pihak pelanggan

viii.              Jangan terlalu cepat melakukan kesimpulan yang prospek/pelanggan perkatakan adalah sentiasa betul dan benar manakala setiap apa yang di keluarkan oleh organisasi yang kita wakili ini semuanya tidak betul, salah dan menyusahkan kita pula.

Begitulah tindakan sewajarnya dari kita. Umpama menarik rambut dalam tepung jangan sama sekali di biarkan rambut tersebut putus manakala tepung tersebut jangan sama sekali berselerakan. Fikir dahulu setiap tindakan yang bakal kita ambil supaya tidak berlaku sebarang perkara yang di luar jangkaan kita di luar kemampuan kita pada kemudian hari.  Tindakan bijak kita akan sentiasa menyelamatkan semua pihak yang terbabit dan karier kita semakin di hormati.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan