Sebaik-baiknya supaya perkara hanya dibenarkan untuk tidak melakukan pertemuan yang seketika sahaja dengan prospek atau bakal pembeli dan semoga tidak berulang dan
berlaku lagi, cuba lakukan tindakan sewajarnya dengan melakukan sebelum
temu janji yang di persetujui seperti berikut
i.
Maklumkan kedatangan kita tentang tujuan dan matlamat utama kita
ii.
Minta jasa baik prospek/pelanggan peruntukkan masa terluang nya semasa
bertemu dengan kita
iii.
Ucapkan lah terima kasih dan menghargai masa prospek/pelanggan
tersebut hanya semata-mata bertemu dan meluangkan masa mereka dengan kita
Tindakan
bijak kita kerana tidak panik dan tenang walaupun kita merasakan masa lima
minit ataupun sekejap sahaja yang di berikan sememangnya tidak mencukupi untuk kita lakukan. Bersabar
dengan apa yang ada dan pasti setiap langkah yang ada itu mesti mempunyai
hikmahnya yang tersendiri.
Walaupun lima
minit adalah lebih baik daripada kita langsung tiada mempunyai temu janji untuk
bertemu dengan prospek/pelanggan. Pergunakanlah masa yang diberikan dengan
sebaik mungkin. Mungkin rezeki kita dari masa lima minit yang di berikan
rupanya berlarutan sehingga lima puluh minit. Siapa pun tidak mengetahuinya.
Yang penting kita mestilah pandai dan bijak memanipulasikan dan pergunakan masa yang ada
untuk maklumkan dan beri kefahaman yang sewajarnya kepada prospek/pelanggan
yang di temui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan