Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 12 Disember 2011

Teori 4 P dalam Closed Sale (Penutupan Jualan)


Tom Hopkins
Menurut Tom Hopkins, pakar motivasi jualan dari Amerika Syarikat mengatakan terdapat empat ‘P’ yang perlu kita lakukan terlebih dahulu untuk memudahkan lagi kita melakukan penutupan jualan dengan senang dan mudah tanpa merasakan sukar, payah dan susah. 


Teori kalau tidak di praktikkan sampai bilapun tidak akan tahu keberkesanannya walaupun sebanyak mana ilmu yang kita timba dan dapati.Cuba praktikkan dan jangan sama sekali suka melakukan andaian sahaja.  

Apa yang di maksudkan dengan 4 ‘P’ tersebut adalah


i.                    Pre-plan
Apa juga kita lakukan untuk jualan perlu ada perancangan. Orang yang professional akan melakukan perancangan sebaik yang mungkin dan tidak sama sekali hentam kromo sahaja. Dari perlakuan kita, prospek/pelanggan akan lebih mengetahui samada kita telah melakukan persiapan perancangan ataupun tidak.

ii.                  Practice
Kebanyakannya melakukan latihan demi latihan yang tidak mendatangkan hasil.  Gagal untuk perbaiki mana yang tidak baik dan elok untuk di praktiskan dari orang-orang professional ataupun dari rakan sekerja yang telah berjaya yang melakukannya sebagai sifu ataupun tok guru untuk rujukan dan di pelajari. Carilah cara dan langkah yang sebenarnya dalam perbetulkan semula tindakan kita melakukan penutupan jualan.

iii.                Perfect
Kesempurnaan amat di perlukan bagi menimbulkan minat prospek/pelanggan menerima tawaran yang di tawarkan.  Jangan biarkan diri kita berada secara mendatar sahaja tetapi memerlukan diri kita per tingkatkan lagi kesempurnaan kita ke satu tahap yang membanggakan diri kita sendiri. Pengalaman adalah segala-galanya.

iv.                 Performance
Lakukan lah secara konsisten dan secara keselaluan nya dengan bersemangat dan penuh minat. Bukan sekadar main-main ataupun suka-suka sahaja.Kesungguhan kita melakukannya di hadapan prospek/pelanggan akan memberikan keyakinan kepada prospek/pelanggan menerima tawaran kita.

Ingatlah untuk mendapatkan penutupan jualan yang berkesan kita perlu perbetulkan diri kita terlebih dahulu. Bila kita yakin pada diri kita sendiri bermakna prospek/pelanggan akan yakin juga terhadap kita. Sentiasa juga mencari untuk per tingkatkan lagi teknik skil jualan yang sedia ada supaya kita lebih mudah dan lagi senang dan tenang melakukan penutupan jualan. Penting untuk kita tahu betapa pentingnya penutupan jualan mesti dilakukan demi kepentingan karier kita.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan