Biasanya
kita melakukan jualan sudah di biasakan diri kita bertemu dan menyampaikan
tawaran kita antara seorang atau dua orang prospek/pelanggan kita yang kita
temui. Mungkin tanpa kita sedar atau tidak di sengajakan dari seseorang yang
kita ingin bertemu rupa-rupanya kita sebenarnya di jemput untuk memberi
taklimat mungkin di hadapan lebih dari lima orang prospek/pelanggan. Tanpa
persediaan yang rapi walaupun kita sebenarnya telah pun melakukan persediaan
yang baik dan sempurna hanya untuk setakat seorang dua sahaja tetapi apabila
berlaku situasi sebegini kita seharusnya jangan dilepaskan peluang yang
mendatang begitu
sahaja kerana di khuatiri peluang yang datang sekali ini mungkin tiada lagi
buat kali keduanya. Dah biasa memancing sekali sekala kena gunakan pula jala
untuk mendapatkan hasil pula.
Apa
tindakan yang perlu kita lakukan? Mungkin perkara-perkara sebegini jangan sama
sekali di lepaskan begitu sahaja. Antara latihan yang perlu kita lakukan
supaya perkara seperti begini tidak berlaku di luar dugaan dan perancangan kita adalah dengan
i.
Sentiasa
berlatih bercakap dengan jelas dan mudah di fahami
ii.
Jangan cepat
panik, terkejut dan marah apatah lagi mengelabah
iii.
Pengetahuan
produk
iv.
Tahu untuk
mengambil kesempatan
v.
Keyakinan diri
Jangan lepaskan peluang dan ambil kesempatan yang ada. Hanya kerana kita malu,
segan, tidak yakin dan terkejut kita telah melepaskan peluang begitu sahaja.
Jangan sama sekali berlaku perkara ini berlaku dalam karier kita. Orang yang berjaya adalah
orang yang penuh dengan iltizam dan semangat juang yang tinggi, cukup pandai mencari dan
mendapatkan oportuniti dan peluang yang ada di hadapan mata. Jangan sia-siakan sama sekali kerana yang rugi adalah kita
sendiri dan bukannya orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan