Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 16 Disember 2011

Usaha Sendiri - Kisah Pengajaran


Kesalahan pemahaman ini pernah terjadi pada masa Rasulullah SAW. Dikisahkan, pada suatu hari seorang Arab Badwi datang kepada Nabi Muhammad SAW dengan menunggang seekor unta kepunyaannya. Sesampainya di depan masjid, orang Badwi tersebut terus melangkah masuk ke masjid dan membiarkan tunggangannya ini tanpa mengikatnya. Ketika ditanya oleh sahabat yang lain, Arab Badwi ini menjawab, "Saya bertawakal kepada Allah. Saya serahkan sepenuhnya unta saya ini kepada Allah SWT." Mendengar itu, Nabi SAW bersabda, "Ikatlah dan tambat lah unta itu, kemudian barulah bertawakal kepada Allah." Mendengar teguran Rasulullah SAW ini lalu beliau dengan tergesa-gesa keluar semula dari masjid tersebut untuk mengikat untanya di sebuah pokok tamar yang berdekatan.

Suatu hari, Imam Ahmad bin Hanbal berserta murid-muridnya hendak berangkat ibadah haji. Beliau lalu menyuruh murid-muridnya berkemas. Semua murid beliau mempersiapkan diri secara fizik, mental, mahupun kewangan, kecuali seorang murid saja yang hanya berdiam diri. Imam Ahmad pun hairan dan bertanya kepada murid tersebut, "Kenapa kamu diam saja, tidak mempersiapkan segalanya untuk berangkat menunai haji?"

"Aku bertawakal kepada Allah," jawab si murid tersebut.

"Tidak. Kamu tidak bertawakal kepada Allah, tapi kamu bertawakal (bergantung) kepada kawan-kawan mu," balas Imam Ahmad.

Apa yang dilakukan murid Imam Ahmad di atas sering kali menjangkiti dalam kehidupan kita. Tawakal, menurut Imam Ahmad, bukanlah hanya berdiam diri tanpa usaha, berpeluk tubuh melihat sahaja tetapi Tawakal juga bukan kepasrahan buta tanpa upaya dan usaha.

Pastikan selepas ini dalam ketika melakukan jualan hanya semata-mata untuk memenuhi sasaran jualan yang di bekalkan kepada kita jangan sekali kita mengamalkan satu sikap yang suka sangat bergantung dan menyerahkan diri melakukan tugasan jualan dan penutupan jualan mengharapkan bantuan orang lain.  Lakukan dengan penuh berdikari dan tidak sama sekali mengharapkan bantuan dan pertolongan orang lain walaupun dari rakan sekerja mahupun dari bos atau ketua kita sendiri. Selagi kita berdikari dan berusaha secara menyendiri dan solo tanpa bantuan sesiapa pasti akan memperolehinya seperti mana yang kita rancang kan. Kalau kita masih berharap dan meminta bantuan seperti seorang fakir miskin sudah pasti sehingga kini dan sekarang kita masih lagi gagal dan terus gagal untuk mencapai dan menempuh kejayaan.  Ini bersesuaian dengan Sabda Rasulullah SAW daripada Abdullah Bin Abbas r.a. Nabi Muhammad SAW bersabda “Janganlah bergantung kepada manusia walaupun dengan alat pembersih gigi”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan