Prof DR Muhaya |
Baru-baru
ini saya berkesempatan menonton sebuah rancangan bual bicara terbitan ASTRO di
dalam rancangan Dari Mata ke Hati yang di kendalikan oleh Prof Dr Muhaya,
seorang pakar sakit Mata dan kini cukup di kenali sebagai seorang selebriti
yang terkenal mengendalikan sebuah rancangan bual bicara. Topik yang saya
tontoni di waktu itu amat menyeronokkan saya tentang satu formula yang di kenal
pasti dapat mengetahui segala hasil tentang segala tindakan dari perbuatan
tindak balas kita terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita.
Formula
yang di perkenalkan adalah seperti berikut :
PERISTIWA + TINDAKAN = HASIL
Contoh
:
Kes
Pertama
Peristiwa
- Kereta kita di langgar dari belakang
Tindakan
- Marah dan menyalahkan orang tersebut tanpa henti
Hasil - Menyesal, penat dan kesal apa yang telah berlaku
Kes
Kedua
Peristiwa - perlawanan
bola sepak di stadium
Tindakan
- hadirkan diri dan bersorak menyokong pasukan pilihan kita
Hasil - penat walaupun wang habis yang penting kepuasan sendiri
Itu
hanya contoh semata-mata. Apa kaitan dengan jualan? Dari segi formula ini
sahaja dapat sudah di fahami bagaimana jualan yang kita lakukan, apa yang kita
tawarkan, boleh atau tidak prospek/pelanggan terima semata-mata bergantung
sepenuhnya dengan usaha dan kerajinan kita untuk melakukannya. Di mana
datangnya usaha kita adalah semata-mata tindakan kita untuk merealisasikan
impian kita untuk menjadi kenyataan. Untuk menjadi kenyataan perlu mendapatkan
hasil yang lumayan seperti mana yang telah kita rancang kan terlebih dahulu.
Kejayaan
yang perlu di capai dan di ingini sebagai hasil yang di perlukan oleh semua
orang mesti bermula dengan usaha
bersungguh kita bersesuaian dengan
keadaan dan peristiwa yang kita alami dahulu. Sebab itu pentingnya kenapa perancangan perlu
di lakukan terlebih dahulu agar segala urusan usaha kita dan lebih terjerumus
dan menurut apa yang telah kita fikirkan terlebih dahulu dan bukannya 100 % menyerahkan kepada takdir
Allah SWT semata-mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan