Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 19 Disember 2011

JELASKAN PERKARA YANG SEBENARNYA


Salah satu urusan terpenting semasa melakukan jualan atau penutupan jualan adalah di sarankan agar kita dapat mengolah kan satu maklumat atau info yang benar dan tepat kepada bakal pelanggan kita. Banyak kes telah berlaku dan terjadi di mana di sebabkan kekeliruan dan ketidakcukupan informasi akan menyebabkan sesuatu yang buruk dan tidak elok akan berlaku di kemudian hari.

Antara tindakan-tindakan dan langkah-langkah yang mesti dan perlu di ambil perhatian serius semasa presentasi jualan dan penutupan jualan adalah

i.                     Beri kefahaman yang sewajarnya segala maklumat dan informasi tepat tentang produk yang di tawarkan dengan betul dan jelas.

ii.                   Jangan sama sekali kita menganggap pelanggan telah tahu dan mengerti kesemuanya seperti mana yang telah kita fahami melainkan bakal pelanggan tersebut mengaku dan mengesahkan sememangnya beliau sedia maklum dan mengetahui akan produk/perkhidmatan yang kita tawarkan.

iii.                  Hanya kerana kepentingan peribadi kita sendiri semata-mata ingin mendapatkan komisen dan pendapatan yang tinggi di samping mencapai sasaran yang diberikan takutkan bakal pelanggan kita menolak di saat akhir, kita hanya menceritakan kelebihan produk sahaja tanpa memaklumkan jika terdapat ko-kos lain yang perlu di tanggung oleh bakal pelanggan kita.

iv.                 Semakin kita berkata yang benar tentang produk yang di tawarkan semakin kita memahami

v.                   Hanya dengan memberi maklumat yang tepat dan benar, di mata bakal pelanggan merasakan kita dengan ikhlas ingin membantu beliau dan membuat keputusan untuk menerima tawaran yang di tawarkan di sebabkan bakal pelanggan tersebut melihat kejujuran kita dan tidak rasa beliau di tipu atau diambil kesempatan di atas kelemahan pengetahuan dirinya.

Tindakan yang dilakukan perlu dilakukan dengan sejujur-jujurnya. Sekali kita menipu sampai bila-bila orang tak kan percaya lagi dah. Berwaspada supaya karier jualan kita sentiasa terbela dan dipercayai kepada siapa pun jua yang kita temui.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan