Berwaspada
sentiasa adalah lebih baik dari kita terlalu pentingkan diri sendiri dan tidak
menyusahkan pelanggan kita. Jangan kerana maklumat yang diberi hanya untuk
melariskan produk/perkhidmatan kita sahaja, akibatnya mungkin perkara-perkara
buruk ini akan terjadi ke atas kita iaitu
i.
pelanggan merasa kecewa dan marah di
atas kelalaian kita tidak memaklumkan awal segala-galanya tentang caj-caj yang
mungkin ada setelah penerimaan tawaran berlaku yang tidak di maklumkan
sepenuhnya oleh kita. Ini mengakibatkan
pelanggan tersebut akan membuat komplen dan aduan kepada pihak yang berkenaan
ii.
mungkin di saat-saat akhir, pelanggan tersebut
akan membatalkan begitu sahaja di sebabkan tidak memaklumkan kepada beliau
tentang kos-kos dan caj-caj yang terlibat di mana pelanggan mungkin merasakan
beliau tertipu dan menanggung kerugian pula
iii.
imej kita dan imej organisasi yang kita
wakili akan tercemar hanya di sebabkan maklumat dan info produk/perkhidmatan
tidak diberikan dengan secukupnya. Mereka terus merasakan di tipu dan tertipu
di sebabkan kita dan organisasi kita telah menipunya. Kepercayaan mereka
terhadap kita dan organisasi akan hilang begitu sahaja.
iv.
prospek/pelanggan tersebut akan mula
memberikan hebahan mulut cerita yang tidak baik tentang kita dan organisasi kita
tentang perkara ini. Lebih memburukkan lagi keadaan di maklumkan di media massa
tentang apa yang berlaku ke atasnya.
Jadikan
lah iktibar dan pengajaran yang berguna buat diri kita dan kita semua. Biar
jelas dan terang di peringkat awal lagi sebelum perkara yang buruk berlaku di
kemudian hari. Biarlah kita merasakan sakit dahulu sebelum kita dapat bersenang
lenang di kemudian hari. Bersikap jujur dan benar serta fahami betul-betul
pengetahuan produk/perkhidmatan yang ditawarkan sebelum perkara buruk ini boleh
terjadi. Selagi adanya air yang berkocak selagi itulah tiada ketenangan yang
dapat kita dapati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan