Bila
di tanya sahaja, semua orang mengaku boleh melakukan jualan tapi pada
hakikatnya prestasi
melakukan jualan langsung tiada kestabilannya. Sekejap elok dan naik sekejap
menjunam langsung tiada konsisten dalam prestasi masing-masing. Apa yang
terjadi dan boleh di perkatakan lagi. Adakah ini suratan takdir atau mainan
orang jualan sahaja? Sememangnya tidak di nafikan lagi bahawa setiap bulan ada
turun naiknya dan adakah prestasi sebegini harus di biarkan begitu sahaja
menjadikan ia satu kebiasaan dan amalan setiap orang. Sepatutnya kestabilan dan konsistensi
perlu ada dalam
setiap diri orang yang melakukan jualan supaya bukan sahaja karier kita akan
terjaga dan terbela tetapi juga kita pasti akan mem perolehi pendapatan yang
tinggi dan lumayan seperti mana yang kita ingin dan mahukan. Mungkin
kaedah-kaedah yang di nyatakan ini boleh di guna dan di cuba pakai oleh kita
bagi memastikan kita bertindak secara konsisten dan meningkat sentiasa prestasi
dan cara kita melakukan jualan iaitu dengan cara
i.
Orang yang berjaya sentiasa bermotivasi diri sendiri dan tahu
menggunakan kesempatan yang ada. Tidak bergantung kepada sesiapapun
ii.
Tiada alasan
dan berpegang teguh kepada pendirian.
iii.
Telah mengagak
dan menganggap dia telah berjaya, bukan dari hasil tilikan nasib dan
bernasib baik tetapi betul-betul berpandukan kepada perancangan
yang telah ia lakukan
iv.
Tidak sanggup
di tewaskan
v.
Dalam apa jua keadaan sentiasa mendapatkan sokongan. Tahu untuk mendapatkan bantuan
vi.
Sentiasa dapatkan input
yang terbaik dan positif.
vii.
Apa pun yang berlaku tiada rasa kekecewaan dan patah semangat terjadi.
viii.
Persiapan dan
persediaan yang rapi.
ix.
Tidak
putus-putus memohon bantuan dan pertolongan dari Allah SWT. Daripada Abu Hurairah r.a , Nabi Muhammad SAW
bersabda “Tidak ada suatu yang lebih mulia di
sisi Allah Ta ‘ala melainkan DOA” (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)
Bila
dah naik sekali jangan takabbur dan lupa diri tetapi hendaknya sentiasa di beri
peringatan dalam diri sendiri untuk pertahankan dan
seterusnya di per tingkatkan lagi prestasi diri yang ada. Bukan sukar untuk
mencapai kejayaan tetapi bukan sukar juga untuk menjadi malas dan menjadi orang
yang tidak berjaya. Semuanya bergantung kepada diri kita
sendiri. Selagi kita mahu mengubah sikap dan pemikiran
kita kepada kejayaan selagi itu kita akan tetap terus melakar kejayaan seperti
mana yang kita inginkan asalkan sahaja kita berusaha secara bersungguh dengan
berterusan dan konsisten.
Firman
Allah SWT dalam Surah Ali-Imran Ayat 139 bermaksud “ Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu
bersedih hati “
Tiada ulasan:
Catat Ulasan