Dalam melakukan tugasan
terutama dalam karier jualan ini, perancangan yang rapi perlu dilakukan demi
menjaga kewibawaan dan kebolehan diri kita agar segala yang di lakukan
membuahkan hasil yang lumayan dan berkesan setiap detik dan masa. Perancangan merupakan garis permulaan sebelum
kita bertemu dengan garis penamatnya tentang keputusan yang bakal kita
perolehi.
Dalam kita melakukan
perancangan yang baik dan berkesan, terdapat satu konsep yang di kenali sebagai
“S.M.A.R.T” yang mungkin boleh kita guna pakaikan untuk kegunaan kita
sendiri. Apa yang di maksudkan dengan
“S.M.A.R.T” ini adalah
i.
S – Specific
Perancangan yang di lakukan mesti jelas dan
khusus dan perlu mendisiplinkan diri mengikuti perancangan yang kita sendiri
inginkan.
ii.
M – Measurable
Rancang dengan teliti supaya
perancangan yang di buat boleh di ukur dengan prestasi yang di lakukan.
Keputusan akhir sangat penting dalam menentukan berapa banyak penutupan jualan
boleh dilakukan dan berapa banyak komisen pendapatan boleh di perolehi.
iii.
A – Attainable
Kita mahukan sesuatu yang
memuaskan hati kita perlukan perancangan yang perlu dan boleh untuk di capai.
Pencapaian yang kita kehendaki dengan perancangan yang betul pasti membolehkan
tindakan kita tercapai dan membuatkan kita lebih bersemangat dan bermotivasi
untuk melakukan lebih banyak penutupan jualan dengan lebih banyak lagi.
iv.
R –Realistic
Nak buat perancangan kena
pastikan perancangan tersebut yang benar, telus, boleh di capai dan ada
realitinya. Jangan syok sendiri atau
berangan-angan sahaja yang lebih.
v.
T- Timely
Perancangan plan yang terbaik
ada tarikh tutupnya. Setiap tindakan yang dilakukan kena ada jarak masa
pencapaiannya dalam tempoh yang di tentukan.
Lakukan perancangan yang berasas dan teratur. Jangan tunggang langgang dan tak tentu
hala sahaja. Berdisiplin dan bertanggungjawab supaya setiap
tindakan yang dilakukan selari dengan perancangan awal yang ditetapkan. Ikuti
konsep SMART agar perancangan yang betul membuahkan hasil yang menarik
sepertimana yang di kehendaki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan