Hendak
mendapatkan temu janji satu bab. Dah dapat pula cuma di beri masa lima minit
sahaja. Habis semua idea dan persiapan yang hendak kita lakukan presentasi yang
seperti mana kita idamkan. Apa tindakan sewajar dan sepatutnya yang perlu kita
lakukan bagi memenuhi had masa yang di benarkan ini. Kita perlu menjadikan masa yang di
berikan ini walaupun dalam jangka masa lima minit sahaja terlalu memadai bagi
kita menceritakan apa-apa yang mesti dan sepatutnya melakukan presentasi.
Pertemuan dan memberi peluang bercakap adalah satu oportuniti yang tidak
sepatutnya di lepaskan begitu sahaja dan yang pasti tiada penyesalan yang perlu
di perkatakan lagi.
Tindakan-tindakan
yang perlu di lakukan walaupun hanya lima minit sahaja di beri peluang adalah
i.
Ambil kesempatan dalam masa yang serba kekurangan ini memastikan
prospek/pelanggan tersebut tertarik
dengan apa yang akan kita maklumkan dan sampaikan kepada beliau
ii.
Jangan terlalu
teknikal dan menyukarkan lagi penerimaan prospek/pelanggan tetapi cukup sekadar menyampaikan segala kelebihan dan
manfaat yang bakal prospek/pelanggan perolehi dengan produk/perkhidmatan
yang di tawarkan
iii.
Sentiasa memohon maaf kepada prospek/pelanggan kerana menggunakan masa terluang beliau hanya untuk bersama kita
iv.
Pastikan lima minit sahaja dan cuba jangan ter anjakkan masa beliau,
seolah-olah menunjukkan kita benar-benar menghormati masa prospek/pelanggan
walaupun kita sendiri mengetahui masa yang ada ini sememangnya tidak mencukupi
buat diri kita
v.
Elakkan memberi
persoalan dan pertanyaan kepada prospek/pelanggan dalam had masa yang di benarkan dan pastikan jika
yang beliau ingin tanyakan dan ingin tahu lebih mendalam lagi biarkan kita
telah habis dan sudahkan melakukan presentasi kita terlebih dahulu,
sebaik-baiknya dalam lingkungan masa lima minit yang di peruntukkan.
Walaupun hanya untuk seketika kena pergunakan juga kerana ianya satu oportuniti dan peluang yang tidak harus dilepaskan begitu sahaja. Nak jumpa bukannya senang dah dapat peluang jangan disiakan. Teruskan usaha kita seperti biasa sebagai satu tugasan dan pasti prospek/pelanggan pasti menghargainya juga kalau tidak sekarang mungkin juga di masa hadapan. Yang penting kena berusaha dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan