Kadang-kadang
kita lupa di mana terlalu melakukan perkara-perkara jualan yang canggih-canggih
sehingga kita tertinggal atau tertangguh pula perkara-perkara asas yang perlu
di lakukan kembali semata-mata untuk per tingkatkan semula prestasi jualan
kita. Jualan adalah di kira berjaya jika
kita dapat melakukan penutupan jualan
dengan baik dan menyenangkan bakal pelanggan kita. Ada perkara-perkara baru
yang kadang kala strateginya tidak sesuai di gunakan di sini namun dalam jualan
sebenarnya terlalu banyak perkara dan cara untuk di lakukan asalkan penutupan
jualan boleh di lakukan dengan jaya dan berjayanya sama sekali.
Antara
tindakan-tindakan asas yang perlu di lakukan adalah
i.
Cari dan temui
prospek/pelanggan yang berkualiti
ii.
Dapatkan
kepercayaan
iii.
Tahu kelebihan
setiap produk/perkhidmatan
iv.
Dengar dengan
baik dan jelas
v.
Fokus
vi.
Per kemaskan
presentasi
vii.
Lakukan ulang
kaji
viii.
Pelajari dari
kejayaan
ix.
Jangan ulangi
dan lakukan kesilapan lagi
x.
Usaha secara konsisten
dan tawakal
Inilah
perkara-perkara asas yang perlu kita lakukan secara konsisten setiap hari.
Kejayaan tidak akan datang jika disiplin diri tidak di terapkan dalam diri kita.
Tiada siapa pun yang boleh memperbaiki disiplin dan sikap kita sendiri
melainkan diri kita sendiri. Kita yakin kita berjaya insyaAllah kejayaan juga
yang akan muncul. Buang sikap-sikap yang negatif seperti mengeluh, mencari
alasan, kecewa dan putus asa. Kunci pada segala-segalanya adalah pada diri kita
sendiri. Kita sendiri yang tetapkan samada ada layak atau tidak mengacapi
kejayaan atau sebaliknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan