Kebiasaannya
orang yang berjaya akan menggunakan mindanya sepenuh perhatian untuk fokus 100%
tindakan apa yang perlu di lakukan. Dengan cara begini fokus mereka tidak akan
lari dan tersasar jauh dan tingkat tumpuan mereka semakin meningkat. Ini akan
membantu mereka bagaimana untuk mereka mendapatkan perolehan mencapai sasaran
yang di kehendaki dan mencapai matlamat mereka.
Terdapat dua
perkara yang perlu di lakukan selepas ini supaya tindakan di saat terakhir
tidak berlaku lagi di masa-masa hadapan iaitu
i.
Ciptakan sasaran
sesuatu yang di utamakan
Melihat sasaran yang di berikan dalam
bentuk tahunan yang besar dan banyak akan mengakibatkan seolah-olah kita akan
merasa lebih sukar dan payah se sangat untuk mencapainya yang akan membolehkan
kita menjadi semakin lemah dan longlai untuk kecapi nya.
Cara paling mudah dan senang adalah
menjadikan ia pecahan yang mungkin cukup mudah kita memberi tumpuan dan fokus
akan apa yang perlu di lakukan
·
Daripada sasaran tahunan di pecahkan
kepada sasaran bulanan
·
Daripada sasaran bulanan di pecahkan
lagi kepada sasaran mingguan
·
Daripada sasaran mingguan di pecahkan
lagi kepada sasaran harian
·
Daripada sasaran harian di bahagikan
kepada sebelah pagi dan petang
Perlu di ingat, kita sudah pasti tidak dapat tentukan keputusan akhir setiap
tindakan jualan kita tetapi kita tetap boleh tentukan dan aturkan berapa banyak
aktiviti jualan kita setiap masa dalam tempoh sebelah pagi dan sebelah petang setiap
hari. Tindakan ini memang tidak boleh ditipu dan di bohongi selagi kita tetap
mendisiplinkan diri kita setiap masa.
ii.
Lakukan
perancangan langkah demi langkah
Hendak dapatkan kejayaan yang di
perlukan, bukan setakat rajin bertemu dan memberi presentasi kepada prospek/pelanggan
sahaja tetapi juga merekodkan juga aktiviti kita dalam diari jualan kita setiap
kali kita lakukan secara berdisiplin dan penuh rasa tanggungjawab. Sebaik-baiknya
bandingkan pencapaian kita setiap hari itu dengan sasaran yang telah diberikan
kepada kita supaya kita sentiasa tahu dan memahami di mana kedudukan kita
setiap masa.
Bertindaklah dari hari pertama awal bulan dan
jangan sama sekali bertindak sesuka hati pada saat-saat akhir di hujung bulan. Fokus kita perlu di perbetulkan dahulu sepertimana nawaitu kita
menjadikan karier jualan kita ini sentiasa berjaya dan terus cemerlang. Tindakan kita menentukan masa depan kita
sendiri, lakukan semula perancangan bersesuaian dengan matlamat sasaran kita
perlu di capai supaya jumlah pendapatan kita lebih banyak lagi bertambah dan
terus bertambah lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan