Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 2 Disember 2011

TV REALITI SUATU YANG PERLU DIPELAJARI


Kegilaan sekarang di media elektronik yang  terlalu banyak mengeluarkan rancangan-rancangan realiti TV yang di siarkan secara langsung demi cuba mengaut keuntungan se maksima yang boleh hasil dari undian orang ramai melalui SMS ke atas peserta-peserta yang di tonjolkan untuk diminati. Semakin ramai yang mencuba nasib untuk mencari glamer dan kemasyhuran sekelip mata hanya melalui rancangan-rancangan realiti seperti ini.

Bagi kita apa yang boleh kita dapati? Apa yang boleh kita pelajari dan nikmati hanya dari hasil rancangan realiti ini? Mungkin perkara-perkara ini boleh kita dapati untuk kita serapkan dalam karier kita iaitu

i.                    Fokus apa yang di lakukan
Peserta diajar agar tiada takut menghadapi segala kemungkinan yang ada. Disingkir paling memilukan apatah lagi boleh memalukan hanya semata-mata kesilapan dan kesalahan  yang kecil sahaja berlaku dan terjadi. Fokus sentiasa apa yang perlu dilakukan tanpa mengira besar mana masalah yang akan timbul dan datang.

ii.                  Tiada sikap malu dan sentiasa berani menghadapinya
Lihat peserta yang bertanding, baru berusia belasan tahun dan remaja lagi tapi mereka sanggup untuk menghilangkan rasa malu, takut dan gementar mereka di hadapan penonton dan para juri. Hanya disebabkan keazaman dan kesungguhan mereka sanggup mengetepikan  segala-galanya asalkan matlamat mereka tercapai. 

iii.                Setiap persembahan di ambil kira
Setiap kali melakukan persembahan setiap kali itulah mereka akan mencuba pamerkan keupayaan terbaik mereka walaupun kadang-kadang mereka amat memahami sebenarnya mereka agak sukar untuk melakukannya.

iv.                 Kemenangan memerlukan kekuatan emosi
Hendak menang kena tunjukkan kredibiliti peserta sebagai seorang juara yang di minati ramai. Adakah kita sanggup melaluinya terutama apabila kita berhadapan dengan prospek/pelanggan yang mempunyai pelbagai ragam dan cara?

v.                   Bakat semula jadi sahaja tidak mencukupi
Harap bakat sahaja tidak memadai melainkan curahan ilmu yang sentiasa akan di ajar oleh mereka-mereka yang di lantik oleh syarikat penyiaran program tersebut sebelum bertanding. Sentiasa kemaskinikan diri kita untuk mendapatkan ilmu sebanyak yang boleh semata-mata memudahkan lagi cabaran yang sedia ada dan mendatang.

vi.                 Sanggup di kritik di tegur dan di marahi
Peserta selepas persembahan mereka sanggup dikritik, dimarahi dan ditegur hanya semata-mata pada pandangan kita terlalu kecil kesilapan dan kesalahan yang dilakukannya. Adakah perkara seperti ini yang kita idamkan ?

vii.               Sanggup mengambil risiko
Ada peserta sanggup berhenti kerja, berhenti dari menyambung pelajaran dan meninggalkan keluarga tersayang hanya semata-mata mengejar impian walaupun mengetahui mungkin peserta tersebut akan dibuang begitu sahaja jika tiada peminat yang akan mengundi mereka. Sanggup kah kita menanggung risiko hanya semata-mata untuk per tingkatkan jualan kita walaupun pelbagai halangan, dugaan dan cubaan yang perlu ditempuhi?

viii.             Berusaha sepenuh hati
Kesungguhan yang tidak dapat dinafikan tetapi malangnya minggu pertama sahaja sudah tersingkir.  Adakah kita yang melakukan jualan seperti begitu juga? Lakukan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh hanya semata-mata mendapatkan penutupan jualan seperti mana yang dirancang.

ix.                 Bersaing secara sihat
Walaupun sesama mereka berlawan siapa yang akan bergelar juara dan pemenangnya tapi mereka di lihat akan berlatih dan berlatih secara bersama dan berkumpulan walaupun sesama mereka mengetahui rakan-rakan mereka ini adalah pesaing terdekat mereka. Adakah perkara ini dapat diterap kita semua dalam melakukan jualan tanpa rasa iri hati dan cemburu?

Jikalau peserta-peserta rancangan realiti TV ini mampu untuk menghadapinya baik secara bersendirian ataupun berkumpulan, kenapa kita yang menjadikan karier jualan sebagai karier utama kita tetap tidak mampu untuk melakukannya secara konsisten dan stabil? Perlu kah kita dikurung sentiasa selepas waktu kerja dan dilepaskan semula esok hari demi menjaga prestasi kita sentiasa? Sanggup kah kita menerima kritikan-kritikan yang mungkin terlalu negatif bagi kita hanya semata-mata mengharapkan undi belas ihsan orang lain?

Tanpa kreativiti yang meluas dan hidup kita di kongkong bolehkah kita melakukan jualan seperti mana yang kita kehendaki? Tiada siapa boleh menentukan pendapatan kita melainkan kita sendiri. Pelajari dan ambil iktibar mana-mana yang positif yang mungkin boleh kita jadikan satu motivasi yang terbaik untuk diri kita sendiri semata-mata ingin mengacapi kejayaan seperti mana yang kita kehendaki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan