Penampilan melambangkan keperibadian seseorang |
Firman
Allah dalam surah at-Tin ayat ke 4 bermaksud “Sesungguhnya Kami menjadikan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian”
perlu di hayati dan difahami dengan bersungguh-sungguh kerana setiap diri
manusia yang di jadikan oleh Allah SWT pasti mempunyai kelebihan dan keelokannya
yang tersendiri yang harus dan bijak di per gunakan terutamanya sekali tentang
penampilan diri yang menarik dan kemas sesuai dengan keadaan sekeliling, sedap
mata memkitang, trend terkini dan etika berpakaian yang telah digariskan dan
dibenarkan oleh organisasi tempat kita bernaung.
Antara buku terbaik patut dibaca |
Menurut
Dato’ Dr Fadzillah Kamsah dalam bukunya ‘Tips menjadi Individu Menarik’ manfaat-manfaat
yang akan d perolehi oleh seseorang apabila menjaga penampilan dan keterampilan
diri dengan baik dan sempurna adalah
i.
keyakinan diri
ii.
kemantapan hubungan sosial
iii.
kunci kepada memenangi hati seseorang
iv.
kemantapan hubungan dengan
prospek/pelanggan
v.
mengukuhkan pengikut atau ‘fan based’
vi.
memudahkan networking serta
mengukuhkan ‘supply chain’
vii.
menambat hati sesiapa yang di temui
Oleh itu janganlah kita terlalu cepat
menyerah kalah dan merasa kecewa terhadap kekurangan-kekurangan yang ada tetapi
sebaliknya kesemua itu boleh di perbaiki dan di perbetulkan semula asalkan kita
ingin berubah semata-mata mencapai kejayaan dan matlamat dalam diri kita
sendiri.
Jagalah
dan tampilkan lah penampilan diri kita agar lebih menarik dan tertarik
prospek/pelanggan melihatnya apabila melakukan penawaran produk/perkhidmatan
yang di lakukan. Tindakan bijak kita
akan turut membantu kita melakukan jualan dengan mudah dan senang. Gunakan daya
tarikan semula jadi ini sebagai satu senjata dan per gunakannya sebaik mungkin
sebaik-baiknya demi karier jualan kita. Semakin kita tahu dan bijak kita per
gunakannya semakin kita merasa seronok, gembira dan fokus akan tugasan jualan kita
bukan setakat untuk diri kita sahaja tetapi juga kepada organisasi tempat kita
bernaung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan