Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 17 Disember 2011

Usaha Sendiri - Tindakan yang perlu


Lima perkara yang perlu di lakukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan lumayan buat diri kita sendiri sebagai pendorong dan peransang melakukan jualan dengan bersungguh adalah dengan cara

i.                    Berfikiran positif
Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda “Daripada kebaikan Islam seseorang ialah meninggalkan suatu yang tidak bermanfaat kepadanya”. Riwayat al-Tirmizi

ii.                  Mengawal emosi
Sabda Rasulullah SAW daripada Anas Bin Malik r.a bersabda “Permudahkanlah, janganlah menyusahkan, tenangkan lah dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri dari kamu.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

iii.                Menjaga hubungan
Daripada Anas Bin malik r.a Nabi Muhammad SAW bersabda “Sesiapa yang inginkan rezekinya di luaskan dan di panjangkan usianya, maka jalinkan lah hubungan silaturahim (dengan ihsan)“ Riwayat al-Bukhari dan Muslim

iv.                 Kerohanian
Daripada Sahl bin Saad r.a, sesungguhnya Jibrail berkata kepada Nabi Muhammad SAW “Kemuliaan orang Mukmin adalah qiamullail, dan keperkasaannya adalah tidak bergantung kepada orang lain” Hadis di riwayat oleh al-Hakim.

v.                   Kewangan
Daripada Anas r.a, Nabi Muhammad SAW bersabda “ Sekiranya anak-anak Adam mempunyai dua lembah harta tentu dia masih menginginkan yang ketiga. Padahal yang memenuhi perut anak Adam hanyalah tanah-tanah (kuburnya) dan Allah tetap menerima taubat orang yang ingin bertaubat”  Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Rasulullah SAW bersabda "Sekiranya kita bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, nescaya Dia akan memberikan rezeki pada kita sebagaimana Dia memberikan rezeki kepada burung, yang pergi di awal siang (pagi hari) dalam keadaan perut kosong (kelaparan) dan pulang di akhir siang (waktu petang hari) dalam keadaan perut penuh berisi (kekenyangan)." (HR Ahmad, At-Tirmidzi dari Umar bin Khattab RA).

Begitulah peranan kita untuk menikmati sesuatu kejayaan dan memenuhi matlamat yang di idamkan, kita di sarankan untuk bekerja keras dan berusaha semampu yang boleh. Jangan mengharapkan bantuan orang, duduk diam mengharapkan belas ihsan dan mula menyimpan perasaan tidak senang hati dan berdendam di atas kejayaan orang lain. Jika ada merasakan kita lemah pelajarilah ia, jika kita rasakan masih belum mencapai apa yang kita kehendaki, ubahlah rentak dan stail kita bekerja manakala jika kita mahukan kejayaan besar dan secara stabil setiap masa jauhi lah dari sikap malas dan berkeluh kesah mencari alasan yang bukan-bukan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan