Agak memenatkan
jika presentasi yang dilakukan tidak dapat disusuli dengan penutupan jualan.
Pelbagai ikhtiar telah di usahakan namun untuk memancing prospek/pelanggan di
hadapan kita masih gagal dan buntu hanya semata-mata mendapatkan persetujuan bagi
penutupan jualan. Alangkah hampa dan kecewanya serta telah banyak membuang masa
yang telah diperuntukkan. Adakah usaha sebegini dikira gagal dan di mana salah
dan silap kita terutama ketika berinteraksi dengan prospek/pelanggan.
Mungkin soalan-soalan ini boleh membantu kita untuk menyelesaikan permasalahan
di atas
i.
Adakah prospek/pelanggan yang di
hadapan kita ini adalah prospek/pelanggan
sasaran kita setelah kita melakukan penapisan?
ii.
Adakah kita mempunyai cara, kaedah dan strategi lain dari membuang masa begitu
sahaja menghadapi prospek/pelanggan yang sanggup per mainkan kita begitu
sahaja?
iii.
Dapat kah kita mengesan kepentingan dalam
jualan kita mendapatkan penutupan jualan kita cukup berbaloi dengan masa yang telah kita peruntukkan pada
prospek/pelanggan tersebut?
iv.
Tanya naluri kita adakah tindakan presentasi kita
ini membolehkan kita mendapatkan penutupan jualan?
v.
Pilihan prospek/pelanggan adakah
berkisar kepada kualiti, harga dan sebagainya. Adakah kita telah mengambil kira segalanya terutamanya
tentang kemahuan dan keperluan prospek/pelanggan tersebut?
vi.
Memadai kah persiapan kita?
Cuba elakkan dari membuang masa begitu sahaja dengan
mendapatkan prospek/pelanggan yang benar-benar berminat untuk berurusan dengan kita.
Lakukan dengan mudah secara perancangan yang teliti dari awal lagi. Kita gagal
merancang kita rasai kegagalannya nanti.
Firman Allah
SWT Surah Taubah Ayat 105 bermaksud - “Katakanlah (Wahai Muhammad), beramal dan
bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasulnya serta orang-orang beriman akan melihat
apa yang kamu kerjakan”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan