Antara
kesan-kesan negatif nanti yang akan timbul apabila alasan demi alasan timbul
kepada diri seseorang itu nanti adalah
i.
Orang akan mula hilang kepercayaan kepada diri kita sendiri.
ii.
Bila terlalu banyak memberikan alasan
demi alasan, kita secara otomatik nya menggerakkan diri kita sendiri menjadi seorang yang malas, lembab dan
‘slow’ untuk melakukan sebarang tindakan walaupun perkara tersebut
memerlukan tindakan segera.
iii.
Apabila alasan sahaja yang kita
fikirkan bukan sasaran jualan yang kita fikirkan bermakna kita terlalu mengharapkan pertolongan dari orang lain
atau rakan sekerja kita untuk melakukan bagi pihak kita
iv.
Jangan terkejut jika prestasi kita sentiasa merudum setiap
masa
v.
Kita bukan seorang yang menjadi pilihan untuk kenaikan di dalam karier kita
sendiri,
vi.
Kita yang
lakukan kita tanggung sendiri, pastikan jangan ada penyesalan di kemudian hari nanti.
Berjanji lah pada diri kita sendiri dan ke hadapan Allah SWT agar kita
semua tidak termasuk di dalam golongan manusia seperti ini. Malas dan tidak
gemar mencari meningkatkan prestasi kerja bukanlah matlamat utama dalam karier
kita di dalam bidang jualan ini. Sentiasa berurusan mendapatkan penutupan
jualan se maksima yang termampu dalam kita menjaga karier kita kerana segala
peluang dan oportuniti yang ada bukannya boleh datang berkali-kali dan selalu.Manfaatkan apa juga oportuniti yang ada supaya penyesalan tidak sama sekali mempengaruhi kita kelak dikemudian hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan