Siapa yang tidak mahu dan menolak tiba-tiba sahaja ada
orang memberikan hadiah atau cenderamata secara tidak disangka-sangka. Menurut
Rasulullah sememangnya kita amat di saran untuk memberi hadiah atau cenderamata.
Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud, “Berhadiah-hadiahlah antara kamu kerana dengan itu dapat menambahkan
kasih sayang antara kamu.” (Hadis Riwayat Tabrani). Tiada muslihat di sebaliknya. Tiada pilih bulu atau
siapa sahaja asalkan mereka berurusan dengan kita tidak salahnya sama sekali. Yang
penting jangan beri rasuah hanya kerana perlukan sesuatu dari seseorang. Carilah
keberkatan dalam kehidupan bukannya kesusahan hanya berkehendakkan sesuatu yang
diperlukan oleh hidup kita memuaskan hawa nafsu kepentingan peribadi sahaja.
Antara kehebatan kenapa perlu diberikan hadiah-hadiah
atau cenderamata-cenderamata kepada pelanggan-pelanggan yang berurusan dengan
kita adalah kerana
i.
Hati mereka gembira dan seronok dengan apa yang mereka
peroleh
ii.
Sebagai satu penghargaan atas sokongan dan penerimaan
produk kita di pasaran
iii.
Menggalakkan lagi mereka untuk berurusan lagi dengan
kita di masa hadapan
iv.
Mengekalkan kesetiaan mereka kepada kita
v.
Sebagai satu imbuhan yang memberikan keuntungan tanpa
mereka sedari
vi.
Sebagai bahan hebahan mulut kepada kenalan mereka
tentang produk yang kita tawarkan
vii.
Memberikan satu kesan yang positif dan impak yang
terbaik kepada jualan kita
viii. Satu sunah Rasulullah yang
pastinya mendapat ganjaran apabila dilakukan dengan sebaik-baiknya
Nampak merugikan, tapi kalau kita lihat konsep sedekah
dalam Islam betapa akan menyuburkan lagi rezeki kita sudah pasti akan kita
lakukan dengan sebaik yang mungkin. rezeki dari Allah sememangnya tidak kita
tahu berapa banyak boleh kita nikmati. Yang penting jangan terus berputus asa
untuk melakukannya walaupun hanya sebatang pen yang murah harganya di pasaran. Lakukan
segera dan elakkan dari bersikap kedekut dan tangkal jering hanya kerana terlalu
memikirkan akan mengecilkan pula pendapatan dan perolehan hasil jualan yang
kita tawarkan. Daripada Salman bin 'Amir r.a.,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sedekah kepada golongan miskin,
ganjarannya hanyalah sekadar pahala sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka
yang mempunyai hubungan silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala
sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturrahim.” (Hadis riwayat al-Tirmizi).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan