Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 20 Mei 2013

GAGALNYA PENGURUSAN MASA




Ramai yang mengatakan kalau hendak berjaya kena ada pengurusan masa yang mantap yang perlu disusun baik dan mempunyai perancangan yang jitu. Dengan perancangan masa yang telah diatur dan disusun sudah pasti setiap gerak tugas dalam melakukan jualan lebih teratur dan terurus. Memberikan fokus dan mengikuti kepada perancangan masa yang ditentukan pasti boleh meningkatkan lagi perolehan dalam melakukan jualan.

Malangnya secara realitinya tidak berlaku dan terjadi. Kenapa kegagalan pula terjadi walaupun pengurusan masa telah disusun dengan begitu sempurna dan mengikut kesesuaian tugasan kita. Mungkin perkara-perkara sebegini perlu kita fikirkan bersama

i.             Tiada disiplin diri
Apa juga yang kita rancang dan mahu lakukan bila telah dibuat dan diputuskan kena ada disiplin untuk melakukannya. Buat untuk di buat main suka-suka sahaja. Buang masa begitu sahaja penat-penat merancang tapi langsung kita tidak lakukan ikut apa yang di rancang kan. Seolah-olah hanya melepaskan batuk di tangga sahaja. Tiada kesungguhan untuk melakukannya sama sekali.

ii.           Perancangan tidak mengikut kesesuaian
Jangan rancang dan buat perancangan masa mengikut orang lain. Kena buat ikut kesesuaian diri kita untuk melakukannya. Berapa lama untuk menghubungi seseorang dalam sesuatu tempoh, berapa orang yang perlu dilakukan temu janji dalam satu hari, berapa lama nak berehat dan bersolat dan sebagainya bagi memenuhi aktiviti kita seharian. Segala program-program perlu dirancang supaya tindakan jualan boleh dijalankan dengan lebih sempurna lagi agar pertindihan tugasan tidak berlaku di waktu yang sama.

iii.          Hangat-hangat tahi ayam
Rajin buat perancangan dalam pengurusan masa tidak dinafikan. Malangnya rajinnya hanya seketika sahaja. Bila tiba masa malasnya habis terbiar begitu sahaja seolah-olah langsung tiada pengurusan masa dilakukan. Disiplinnya hanya sementara sahaja selebihnya mengikut keadaan semasa tanpa adanya perancangan masa semula. Kalau inilah yang dilakukan susah tentu membuang masa begitu sahaja.

iv.          Semakan gagal dilakukan
Bila dah dilakukan mengikut perancangan dalam pengurusan masa, jangan lupa buat semakan semula sama ada apa yang di rancang kan adakah sama dengan tindakan dan keputusan yang didapati. Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang dirancang mampu atau tidak memberikan keputusan akhir seperti mana yang dimahukan. Tapi kalau semakan tidak dibuat sudah pasti apa yang dirancang dengan keputusan yang didapati tidak sama sekali kita ketahui kesannya bagaimana. 

Beringat sentiasa agar apa yang kita susun dan rancang mempunyai agenda akhirnya menemui kejayaan seperti mana yang dimahukan. Jangan main syok sendiri merasakan apa yang kita rancang dalam pengurusan masa supayanya boleh dilakukan dengan sempurnanya. Tidak semestinya segala teori turut sama dengan praktikalnya. Mesti ada kesungguhan untuk melakukannya agar apa juga yang dirancang dipatuhi dengan baik bagi menghasilkan keputusan seperti mana yang dikehendaki.

Rasulullah bersabda “Laksanakanlah sesuatu urusan itu dengan secara perancangan teliti.Sekiranya kamu mendapati kesudahannya baik maka teruskanlah dan jika kamu bimbang kesudahan yang buruk, maka janganlah diteruskan” (Hadis Riwayat Baihaqi).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan